Wednesday, November 18, 2009

Rapek baik..

Yoh!!
baru brapa hari ja cuti semester
aman je..
klau x time camni ade je keje..
org dah tdo, aku xtdo2 lagi..
ni dah cuti, lega sket...
boleh la aku update2 blog ni..
surfin' tenet guna broadband yg boleh "tahan" laju dia..
baca2 bahan artikel..
antaranya kat site ni - ILuvIslam..
best site ni..
antara yg best yg ni..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
10 Nasihat Untuk Orang Bercinta

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

[source - http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2002 ]

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

itulah bhn yg aku terbaca....baek korang baca.

P.S - rela aku single, semata-mata nk buat maksiat baek xyah..

blaja xabih lg ni..

biar la keja nnt, tgk mana berkenan, usha2 dulu,

ok, direct to the point ngan dia, jumpa mak pak..dan et cetera lah..

korang pun mesti paham kan?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...