Sunday, May 30, 2010

Evolusi Baru Blog


F.Y.P-Tattoo Sleeve-Shrek Selamanya dan Putera Parsi


FYP
Macam biasa masa cepat berlalu,
balik keja cuti, balik cuti keja,
huhuhu.
Perkembangan Final Year Project berjalan lancar
daripada 4 fasa
2 fasa dah selesai
Eksperiment pun dah run
yang tinggal hanya programming routine dalam Excel VBA
satu2nya fasa yang penting
maksudnya dua fasa terakhir yang sangat penting
memang sangat penat dalam minggu ni
balik ke kampus Ahad malam
terus kepagi pulun calibrate thermocouple pada Isninnya
run retort pada Selasanya
Rabu pun retort lagi,
dua kali run..
sebabnya hanya satu
nak dapatkan
raw data before prepare the routine programming
 buat masa Alhamdulillah..
keseorangan buat perkara ni memang tough
aku rasa aku sorang je yang buat mende ni dalam UniKL MICET
tapi takpe, aku enjoy buat mende ni
ada kengkawan sporting, cooperation En Ohmic
seriously I'm enjoyin'
meskipun kadang nyampah jugak nape aku buat mende ni..
haha..

Tattoo Sleeve
Sebelum balik micet hari tu, aku dan adik aku baru saja membeli tattoo sleeve
yang dibeli online dari lelong.com
dengan harga RM30 sepasang
fuh..macam rupa Yakuza dah..
tattoo penuh..

Shrek Selamanya dan Putera Parsi
Hari Sabtu, hari yang agak rileks
ajak adik tengok wayang
dengan memakai sleeve pergi menonton wayang
yang kelakarnya
semua orang pandang aku
asal celah sikit orang pandang
mana taknya semua orang macam jarang nampak orang penuh tatu kat tangan
orang plak ramai..
ada event Battle of The Band
Terminal One, Seremban
biasalah, sangat ramai..
Prince of Persia menarik, Protagonis sangat fleksibel,
adaptasi dari permainan video walaupun kurang lincah dari watak sebenar
didalam permainan.
tetapi garapan watak dah cukup sesuai untuk keadaan realiti
Shrek Forever After and The Final Chapter
masih lagi terdapat impaknya
walaupun kurang momentum dari yang sekuel kedua dahulu
tetapi tetap menarik untuk ditonton
nilai estetika moral sangat banyak dan tinggi untuk dilihat
dan menjadi tatapan semua pihak
Jangan Lepaskan Menonton kedua-dua cerita ini..

Sunday, May 23, 2010

Quote-too by Socrates



"The only good is knowledge and the only evil is ignorance."
- Socrates (469 BC - 399 BC)

Friday, May 21, 2010

Pantun Nasihat Sesama Sihat




Anak tenggiri anak patin,
Berenang ke hilir mencari hulu;
Orang kini sangat prihatin,
Miskin pinggir kita bantu.

Gunung Ledang tinggi puncak,
Lambang kasih cinta agung;
Bercinta orang duduk berkehendak,
Rindu tersisih dalam termenung.

Alur parit alir sawah,
Tempat ria si anak pacat;
Noda hati terlilit jangan singgah,
Tercatit dosa mesti beringat.

Lurah tinggi gagah panjat,
Menggapai puncak kebal keringat;
Impian hati kental semangat,
Usaha tergerak jaya tertambat.

Sunday, May 16, 2010

2 Weeks of Sweet & Kehendak


Yosh!!
kembali kita ke laman MiBlog
sekarang adalah kesempatan meluangkan masa berehat-rehat

Best 2 weeks Sweet noted in My Life
cuti seminggu
selepas tamatnya 
Final Exam Sesi Jan2010
dan juga
Expedisi Gunung Ledang 02 [EGL2]
memang minggu-minggu yang penat
dalam final penat memikir nak selesai teori dan praktikal
arakian itu,
dalam EGL 2 penat secara fizikal nak mendaki ke puncak Gunung Ledang.
Memang satu pengalaman yang tersangat menarik
sebelum ini, tak pernah aku camping selama ini
yakni 5 hari 4 malam
Terima Kasih kepada geng2 advance, lanun dan fasilitator.
pengalaman dengan kalian membuatkan daku lebih sayangkan negara dan bangsa,
menyedarkan yang patut disedarkan
merasai tanggungjawab untuk anak bangsa dan untuk anak2 masa hadapan
InsyaAllah jika sihat tubuh badan, tiada aral melintang patah
akan ku sahut cabaran ke ADVANCE
Here I come EGL 3
Wait for me
InsyaAllah

Kehendak
Jumaat hari itu yakni nya 14/5
pulangnya aku untuk bercuti
dalam perjalanan singgah siagap ke pasaraya Giant Senawang
ada juga yang terlupa aku ini bila pulang ke rumah
barang kemasan mandi dan juga berus gigi
bersantap mulia dengan keluarga di Food Court
dengan kabut si adik kecil yang riuh berbicara
walhal petah cakapan satu pun aku tak faham
layankan saja si dia
selesai berbelah beli
berjalan malas perlahan2 aku menyusuri setiap susur kedai
demi kedai satu kedai aku jenguk
dari pintu keluar pasaraya, yang diperhatikan akak guard yang kurang manis senyumnya
ke kedai tudung perempuan yang pelbagai fesyen dan warna
ke cermin mata Focus Point yang bertambah koleksi simpanannya
terus pula laman Watson yang banyak produk2 kesihatannya
dan akhirnya, singgah pula ke satu kedai jam..
di sini lah Kehendak membuak-buak..
setelah teringatkan jam lama aku yang baru saja arwah..
arwah ketika membawa ke EGL2 hari itu
bukan apa, jam itu telah lama berbakti..
tetapi
apakan daya, jam pasar malam je pun..
tapi kali hati membuak melihat satu jam dalam kedai tersebut
jiwa aku sangat berkenan dan seperti jiwa jam tersebut memanggil aku juga..
dengan kadar segera aku bertanya pada tukang kedai itu
walhal emak aku dah telefon suruh cepat sebab nak cepat.
memang kena tempat dan masa
takdir aku dengan jam ini
ini lah dia 

Model MTP-1291D-1A1VEF
untuk maklumat lanjut sila klik dibawah
atau
Harganya nak kata menawan atau lumayan
aku tak tahu nak kata apa
sekitar RM 215 sahaja
warranty 2 tahun
Water Resistant up to 50 m @ 5 Bar

tak tahu lah kenapa, tetapi aku rasa macam ada keserasian dengan jam ini

Quote-too by Plato

[Picture credits - http://schools.woboe.org/Schools/EMS/TeamPages/EMSEnrichment/TFavetta/Images1/plato.jpg]
"Friends have all things in common"
- Plato (427 BC - 347 BC), Dialogues, Phaedrus



Saturday, May 15, 2010

Hutan Hujan & Hutan Batu

Hutan Hujan & Hutan Batu
dua tempat yang berbeza
kebanyakan anak muda sekarang didedahkan
dalam situasi hutan batu
penuh kemewahan, penuh imbuhan
analoginya kita mula hidup terarus dengan perkembangan modenisasi
sesetengahnya mula lupa asasnya
asal kita
cuba kita membayangkan kehidupan nenek moyang zaman dahulu
berbahagia hidup, kaya adat ketimuran dan budaya resam
kukuh pegangan bersatu dan berpadu
jadi apa bedanya hutan batu?
bukan menjadi kesalahan untuk kita menjadi lebih baik
sekerasnya batu sekerasnya lagi hati manusia
arus maju sangatlah deras
kederasannya mempunyai kemampuan untuk menghanyutkan segala isinya
jika di hutan hujan kita lapar, alam semulajadi menjadi sebahagian hidup untuk dinikmati
jika di hutan batu kita lapar, mana jamahan kita kita perlu?
'survival' memang penting
abstraknya perpaduan kita sesama amatlah penting
cuba kita pandang sejarah robohnya kota Melaka pada era dahulu
yang robohnya bukan kerana penjajah merobohkannya
tetapi sifat2 negatif penduduk2, orang2 besar kenamaan
pada dasarnya kita menjadi lemah kerana sikap sendiri
sifat negatif kita dipandang dan diambil kesempatan oleh pihak luar menjajah
adakah kita masih lupa?
mari kita ingat bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan
jangan kita lupa
sudah berpuluh dekad, berkurun lamanya,
kita mula terbawa arus sungai yang deras tadi
untuk melepasi arus yang kuat memerlukan tenaga yang kuat dan ramai
bagaimana?
PERPADUAN sesama kita
keutuhan sesama untuk membantu malah anak2 kita yang akan datang
bagaimana mereka pula untuk melepasi ranjau arus deras ini?
Elakkan sikap2 yang merosakkan kita dan masa depan
sekurang2 hanya untuk adik2, anak2 dan cucu-cicit kita
Sedarlah kita


Tuesday, May 4, 2010

Sepoi Peperiksaan dan Kefoyaan

Knok Knok Knok
memang hari2ku yang panjang
lama tidak menaik-tarafkan keadaan blog ni
slalu masuk smpi dashboard je
dalam diam pem'fokus'an keadaan cmni
dah sampai hujung semester

FINAL EXAMINATION JAN 2010

semester ni 4 paper je
dua subject killer
Final skang pun dah masuk mggu ke-2
dah nak abih dah pun
nasib baik la jadual final cmni de gak gap2 dia
rileks pulun rileks pulun
paper 1st
Food Packaging Technology
"Think out of the box"
dan
"Expect the Unexpect"
paper 2nd
Food Plant Design
memang pecah keringat
dalam keringat, Alhamdulillah
paper 3rd
Food Handling, Storage & Transportation
Smoothness and Well Done
and
Last paper,
Food Processing and Preservation Technology
within this thursday
we'll see..

TIME OF ENTERTAINMENT

dalam pikiran jihad ku tentang Final Exam
perlu juga ada bahan ketenangan
otak ini selalu keletihan
memikir ayat-ayat prinsip,
memutar-belit formula dalam Food Technology
bercakar maju nota-nota ucapan pensyarah
ber'khalwat' nyanyi bagai tongkang pecah
bertema korea SuJu dan SDND
berterima kasih pada rakyat Malaysia
yang menyediakan ruangan port untuk memenuhi hiburan aku
yakni nya


dan juga


[KLIK GAMBAR UNTUK AKSES]
Credits to them

======================================
Sebagai peringatan
kalian juga boleh muat turun daripada web mereka
tetapi
untuk copy link atau content 
sila Credit untuk mereka
======================================

sudah pula hiburan
mesti seimbang foya-foya dengan ilmu
jadi..
buka buku
pasang 
SuJu - Sorry Sorry
dan
Girl Generation - Run Devil Run
dan
menelaah
KEPADA KAWAN2
samada dari UniKL MICET dan cawangan UniKL
yang berada di halaman rindu Pulau Pinang dan Negeri Sembilan
Good Luck & Semoga Sihat adanya


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...