Sunday, June 13, 2010

Hujan, Suhu, Angin dan Sekarang

Yosh!!
Bertemu lagi
Dua-tiga hari cuaca pun kejap bermuram nangis
Kejap panas baran marah
Hujan di sana panas di sini
Hujan di sini panas di sana
Begitulah sehari-hari manusia di bumi ini
Ketidakstabilan mula berlaku
Jarang penulis nak bercerita sebegini
Jadi mari kita berceloteh sedikit
Kita tahu hujan berlaku disebabkan proses penyejatan dari air dari muka bumi
Yang ditiup oleh angin
Dan berkumpul dilangit sebagai awan
Dan bila terkumpul banyak, air menjadi berat dan terus melimpah
Membasahi bumi
Kilat pun berlaku disebabkan pelanggaran
Dan geleseran ion-ion cas negatif dan positif
Kita tahu kejadian dan prosesnya
Pernah tak kita sedar mengapa begitu kerap dan selalunya hujan

Pertama
Suhu dunia
Suhu memainkan peranan dalam proses ini
Dimana fasa cecair ke bentuk gas
Jadi kenapa suhu dunia?
Sekarang dunia semakin maju,
Penggunaan bahan bakar api seperti minyak,
Menghasilkan karbon dioksida, CO2 (Carbon Dioxide) dan karbon monoksida, CO (Carbon Monoxide)
Sebatian gas ini menjadi punca mengapa keadaan menjadi panas
Selalunya keadaan bumi sangat sejuk
Pokok memerlukan CO2 untuk bernafas dan menghasil Oksigen, O2 (Oxygen)
Malahan, manusia pula memerlukan O2 untuk bernafas dan menghasilkan CO2
Kitaran ini penting untuk semua benda untuk hidup
Tetapi masalah sekarang, pokok-pokok yang selalu kita perlukan untuk bernafas
Kebanyakan sudah dicantas dan ditebang
Bila pokok ditebang dan dicantas, kuranglah penghasilan O2
Bila kurang O2, kepekatan CO2 dalam udara meningkat
Bila kepekatan CO2 meningkat, suhu meningkat
Bila suhu meningkat, bermaksud keadaan menjadi panas
Bila panas, yakninya bumi menjadi panas
Ais di kutub dan glasier akan cair
Inilah yang diberi istilah Pemanasan Global
Kesan Rumah Hijau
Selain itu, kepanasan tersebut juga menyebabkan masa air untuk menyejat menjadi lebih cepat
Lebih panas lebih cepat lebih kali hujan
Disinilah fenomena ini berlaku
Mengapa begitu? Apa puncanya?
Satu – Bahan bakar api seperti petrol, gasolin, dan diesel
Bahan-bahan ini menghasil CO2 dan penyumbang yang minoriti tetapi penggunaan yang betul
Akan mengurangkan fenomena ini
Dua – Asap kereta dan pembakaran terbuka
Pengeluaran asap kereta menjadi penyumbang CO, waktu sekarang penggunaan kereta
Telah menjadi barang keperluan untuk seseorang untuk kemudahan bergerak
Pembakaran terbuka pula berlaku kerana kurangnya kesedaran dalam mengitar semula bahan sampah
Tiga – Penebangan hutan dan pokok-pokok
Seperti yang penulis uraikan diatas
Kurang pokok kurang oksigen
Kurang oksigen tinggi karbon dioksida
Dalam serba sedikit tentang perkara suhu ni
Kita tahu masih banyak faktor yang mempengaruhi cuaca sekarang
Kedua
Angin
Dalam sepoi-sepoi angin kita tak tahu yang laju aliran atau flowrate
Mempengaruhi hujan
Tanpa angin tiadalah kestabilan suhu bumi
Angin dunia berlaku disebabkan pusingan bumi dan terdapat jenis-jenis angin
Yang ber’kocak’ dalam bumi kita ini
Tetapi bukan angin patut disalahkan dalam penyumbangan ini
Kejadian setiap bencana ada alasannya
Dalam Islam sendiri ada mengatakan
Setiap Kejadian Tuhan ada Hikmahnya
Malahan kita juga ada mendengar orang-orang tua berpesan
Manusia hanya mampu merancang, Allah S.W.T yang menentukan
Jadi bila rancang untuk sesuatu yang “mereput”, “reput”lah kita
Menebang untuk alasan pembangunan kepuasan sendiri, bumi pula menggumam
Masa depan menjadi kelam, untuk cucu-cicit
Bukan untuk penulis salahkan sesiapa
Kita bercakap untuk kesedaran, tetapi tersedar jika tak terbuat
Memang tersia-sialah bait-bait tulisan ini
Mungkin setakat ini sahajalah dahulu
Penulis pun sekarang tidak menentu masa
Untuk penceritaan ini
Jadi, InsyaAllah
(^_^)Y




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...