Sunday, October 3, 2010

Lawatan ke Pulau Pinang - Selepas hampir 8 Tahun


 The Flash Journey to the North


Sekian lama setelah hampir 8 tahun tidak pulang ke tumpah tanah air kelahiran ku, Pulau Pinang. Walaupun pulang hanya dalam masa yang singkat, cukup aku mengagumi tempat-tempat yang pernah menjadi permainan aku. Banyak yang berubah, bangunan yang dahulu cukup rendah tetapi cukup untuk melangut ke atas. Tapi kini semuanya kini lebih tinggi dan lebih terangkat kepala untuk dilangut. Perjalanan kami sekeluarga dari Negeri Sembilan bertolak pada 9 malam. Dalam perjalanan itu, memang tidak lena aku dibuatnya bila bayangan memori zaman kecilku terbayang satu persatu dalam kotak fikiran. Setiba kami disana kira-kira pada awal pukul 6 pagi dalam suasana hujan. Sekeluarga kami bersarapan dengan roti canai. Kemudian ke rumah Mak Jang yang terletak berhampiran Masjid Negeri Pulau Pinang. Alhamdulillah kehadiran kami disambut dan gembira dapat bertemu dengan sanak-saudara yang sudah lama tidak berjumpa. Selepas berbual panjang, kami ke Kedai Nasi Kandar Kampung Melayu. Sangat ramai orang di sana. Penuh. Malahan, lagi satu, sangat sedap. Hidangannya dengan ayam yang sebesar tapak tangan dan berkuah kari sudah cukup melunaskan rindu dendam akan Nasi Kandar. Selesai sudah, bertolak kami ke Permatang Pasir, kampung kelahiran ibuku. Alhamdulillah, masih ada orang yang mengingati kami. Banyak perubahan yang berlaku dalam kampung tersebut. Semak-samun yang tumbuh juga bergerak seiring dengan arus perubahan kampung itu. Berjumpa dengan bapa saudara memang sesuatu yang sebak bila teringatkan beliau yang pernah menjaga aku ketika waktu kecil, menjaga kami adik-beradik ketika pemergian ayah merantau. Dalam pada itu, selesai urusan penting, kami ke rumah Mak Ngah, Tok Teh, Pak Jang Ad. Kepada sanak-saudara lain, minta maaf ketidakkesempatan ke rumah kalian kerana faktor masa yang tidak mengizinkan walhal rumah lama sendiri pun tidak sempat hendak dikunjungi. Daripada itu juga, Kampung Sungai Rusa juga tidak lepas dengan kemajuan yang ada. Sekali pintas melalui jalan besar cukup nampak yang banyak rumah, tempat terbiar sudah maju. Cukup lah serba ringkas penceritaan aku. Jika hendak diceritakan semua, terlalu banyak yang hendak diceritakan dan terlalu banyak huruf-huruf perlu ditaip. InsyaAllah jika sihat tubuh badan dan akal fikiran dan masa yang ada kemudian, akan ku ceritakan..
(^_^)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...