Wednesday, March 10, 2010

Fikir Ku


Fikir ku sebagai kawan,
kami tawa beriring ringan,
gaduh kami ikatan,
sindir bertaut kuat hubungan,
hinaku mencabar ego igauan,
celaka dikau impian dalam permainan,
jauh dalam hati aku segan,
baik dikau jahat jangan,
kerana daku bukan dendam simpan.

Fikir ku sebagai abang,
tanggung ku berjawab ku tenang,
wahai adik, jangan hilang,
pedoman, ikhtiar, hidup berpegang,
kuasa Tuhan jangan ditentang,
zahir dunia akhirat mendatang,
ingat pahala, dosa terlarang,
pesan abang itu sayang.

Fikir ku sebagai lelaki,
berbunga dunia aku berahi,
wanginya aku termimpi,
terbangnya kumbang seret tak jadi,
kembang bunga cucuk berduri,
mendatang mereka tikam hati,
rusuk kurang itu bunga diingati,
takdir Adam Hawa itu pasti,

Fikir ku sebagai masyarakat,
si ketua berperah ligat,
anak buah penat melihat,
dalam kancah moden sesat,
berpeleseran anak kata hebat,
apakah itu?..nak kiamat?
menyuap orang halal bertabiat,
tak tahu mereka neraka dapat,
dibedal mereka kubur oleh malaikat,
sesal aku insaf berpendapat,
tak termampu daya pegang lekat,
mari rakyat bersatu ingat,
punah dunia sedang pesat,
kerna kita sama bertempat,
baik kita baik sejagat.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...