Sunday, March 21, 2010

Road to SUKMA XIII Melaka 2010:
Larian Baton DUN Taboh Naning




Sepanjang hampir 30 km, 20 checkpoint..
berkejaran membawa baton kebanggaan
SUKMA XII Melaka 2010
melibat seluruh pelusuk daerah..
dari Kampung Cherana Putih ke Kampung Melekek..
sampai di Simpang Ampat,
membolosi Taman Naning, patah balik ke Jalan Taman Jati,
Melalui Kampung Brisu, Kampung Solok Uban, Kampung Rantau Panjang,
terus melewati hingga Kampung Paya Datok
dan
keluar di Air Paabas.
Dari simpang ke kiri terus ke Kampung Melekek.
Di mana itu adalah pengakhiran larian
baton bertukar tangan ke tangan yang lain,
meskipun aku ingin memegang
tapi semua orang berebut benda yang sama
baik tak payah..lari saja..
yang tertinggal terus keciciran,
berlari kami sampai Simpang Ampat,
menumpang pula dalam van..
Dari sini bermula episod pengembaraan geng bermula.
atas jemputan pakcik menumpang kami atas van.
bersembang kami, juga, bercerita kami.
penceritaan pakcik tentang hidupnya
dan kawan-kawannya
pengalaman, dan pesanan
bersorak memecah kampung.
ketawa kami bukan selalu
melihat telatah penduduk
kagum lihat nenek usia 70 tahun berlari,
meriah larian si budak kecil
makcik2 dan pakcik2
berkibar bendera dari tepi
dan konvoi bersama
yang motor rempit si anak muda
yang motor klasik besar juga
dalam panas dan redup
tamat nya disana..
dalam tawa kecil kami
5 orang kami dari UniKL MICET sahaja yang sampai
penuh lengkap pusingan
entah apa dilihatnya propaganda
puasnya kami dalam larian..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...