Wednesday, September 8, 2010

Journey to Mid Valley : Quest for Baju Raya and Cineplex


Pengembaraan Raya Bermula


Mukadimah
7 Oktober 2010, Selasa, bermulanya perjalanan perseorangan membeli-belah di Mid Valley dimana buat pertama kalinya untuk raya kali ini membeli baju raya sendiri dengan duit sendiri untuk diri sendiri tanpa keluarga disisi. Bukan bermaksud keluarga aku duduk berjauhan. Bunyi macam aku duduk keseorangan di perantauan pula kan. Tahun ini, memang menjadi satu percubaan untuk aku membeli barangan sendiri keseorangan untuk menambah pengalaman bagaimana rasanya kita membeli sesuatu keseorangan sahaja. Macam ayat yang pelik bila aku bercakap bahasa baku sebegini rupa. (Ini Mukadimah sahaja, baik untuk sesuatu permulaan).

Perjalanan ke Mid Valley
Seawal 7 pagi aku bangun dan bertolak ke KTM Seremban. Setiba aku disana kira-kira 8 pagi, aku terus membeli tiket sehala ke Mid Valley. Sejak aku menetap di Bahau sehingga kini di Senawang, sudah sekian lama tidak menaiki komuter. Melihat perjalanan komuter hampir bertolak, sedikit kelam kabut aku pergi. Dalam kegesaan itu, aku yang tidak perasan hampir menaiki koc wanita tetapi ditegur polis jagaan disitu dan dengan cepat aku membelok laluan ke koc sebelah. Perjalanan dari Seremban ke Mid Valley memakan masa hampir 1 jam setengah. Yang menarik sedikit adalah aku tidak perasan dan terlepas stesen Mid Valley. Sebelum itu, apabila tiba setiap stesen, pengumuman akan dibuat untuk memberitahu penumpang dan aku bergantung pada itu disebabkan mengantuk. Malahan yang peliknya, setiba ke stesen Mid Valley, tiada pengumuman dibuat. Jadi sudah menjadi kepanikan sedikit aku terlepas untuk turun. Penyelesaiannya, kenalah turun di KL Sentral dan pusing balik.
Tiba di Mid Valley
Disebabkan kelewatan itu, aku sampai kira-kira pukul 10 pagi. Bila terfikir balik, macam benda ini nak jadi sahaja bila aku terlepas stesen tadi. Bukan apa, setiba jam 10 masih lagi kedai-kedai, gerai-gerai dan lot-lot belum dibuka lagi. Jadi, dengan selengah-lengahnya aku berjalan untuk survey tempat-tempat arah tujuan untuk mencari baju raya. Berpandukan peta panduan Mid Valley, Jusco, Reject Shop, Tropicana Life, Echo Park (seingat aku), Studio R (seingat aku juga), menjadi tumpuan pemantauan.

GSC Mid Valley
Selesai dengan arah tujuan dan objektif pertama, bergerak pula ke tingkat paling atas dan hujung dimana Golden Screen Cinema Mid Valley berada. Keadaan masih lengang tetapi kelibat manusia masih lagi ada dengan gelagat memilih cerita untuk ditonton. Kelibat pekerja-pekerja restoran mengemas dan juga pekedai-pekedai membuka pintu kedai. Setiba aku disana, skrin paparan menunjukkan senarai cerita untuk hari tersebut. Cerita yang masuk senarai tontonan aku adalah Inception (tapi dah lama di tayang dan masa agak lambat untuk ditonton), Cats & Dogs : Revenge of Kitty Galore (macam terlalu kebudakan aku nak menonton cerita ini, akhirnya terkeluar juga senarai menonton), The Last Airbender (situasi yang sama dengan Inception), Piranha (tiada tayangan 3D untuk seawal pagi. Jika ada memang menarik) dan juga Step Up 3D (tontonan wajib). Selesai dengan pilihan iaitu Piranha untuk tontonan pertama jam 11.30 dan Step Up 3D untuk tontonan kedua jam 1.45 petang, aku terus menunggu untuk membeli tiket. Setiba pekerja GSC membuka pintu kaunter, serbuan bermula. Untuk dijadikan cerita, semasa dalam proses membeli tiket, komputer semua kaunter 'hang' dan beku. Agak ketawa sinis aku sekejap. Sudahlah tadi aku terlepas stesen, kali ini pula komputer 'hang'? Disebabkan bulan ini bulan puasa bulan Ramadhan, kesabaran kena ada. Bila komputer dan server stabil, printer tiket pula buat hal. Terpaksa access kaunter sebelah. Itu adalah satu hal untuk cerita Piranha. Kemudian untuk membeli tiket untuk Step Up 3D pula kena ke kaunter sebelah pula. Memang kelakar bila difikirkan balik. Hanya disebabkan komputer 'hang' dan printer rosak, terkontang -kanting sedikit aku. Selesai semua itu jam masih menunjukkan jam 10.30 pagi. Masih ada satu jam untuk tayangan pertama. Jadi memenuhi masa tersebut aku mencuri masa untuk sambung survey kedai untuk baju hari raya. Berjalan aku seluruh Mid Valley memantau tempat membeli. Dari Jusco ke Reject Shop ke rata-rata kedai. Target Set!!..jam menunjukkan hampir dekat dengan angka 11.30 pagi. Destinasi terus terarah ke cineplex bermulalah tayangan hari ini sehingga selesainya tayangan untuk Step Up 3D.

Baju raya
Setelah selesai menonton, aku melihat jam ditangan menunjukkan angka empat. aku masih ada masa 1 jam untuk membeli belah sehingga jam 5 untuk berangkat pulang. Dengan masa yang ada, direct terus aku ke Reject Shop setelah target dikenalpasti yakni seluar jean sehelai, kemeja dan tee-shirt masing-masing sehelai. Cukup untuk disitu. Bergerak pula ke Jusco, kemeja Camel Active menjadi pilihan. Selesai dengan itu, kelibat orang sangat ramai. Berpusu-pusu orang ke sana sini. Pelbagai ragam, berbagai bangsa, hiruk pikuk suasana dengan lagu-lagu raya di sana-sini. Seronok aku berjalan-jalan.

Pulang ke Seremban
Jam menunjukkan angka 4.30 petang, berjalan aku ke kedai buku untuk tatapan ketika dalam komuter walaupun memang tak dapat ditatap langsung (saya cerita kemudian). Selesai membeli bahan bacaan, terus aku ke kaunter tiket komuter. Harga RM 5.90 fixed dan sehala. Stesen dipenuhi orang yang penuh menunggu. Ini bukan situasi selesa aku. Aku cukup menyampah dengan keadaan ramai orang. Tapi apakan daya, mengejar masa sebelum waktu berbuka puasa. Time is Money. Dalam kesibukan itu, sampailah juga komuter untuk dinaiki. Sangat sesak dan panas sehingga sampai ke Stesen Serdang dan Kajang. Arakian itu juga, tren komuter hanya sampai ke Stesen Bangi sahaja. Entah apa alasan begitu, aku pun tak tahu. Malas ambil tahu dan tak sampai dalam 5 minit datang datang tren seterusnya yang menuju ke Seremban. Akhirnya, situasi menjadi lebih baik dan selesa bila pertukaran ini berlaku. Setibanya aku di Seremban, keluarga aku menjemput untuk berbuka bersama. Asalnya ingin berbuka di Pizza Hut tetapi dengan akal fikiran rasional dimana orang akan sangat ramai pada waktu jam 6.30 minit petang beralih sudah ke Bazaar MAINS dimana kami berbuka bersama. Perjalanan aku hari itu, dilihat pendek, dirasa panjang, dicakap berisi. Satu pengalaman menarik. Cukup untuk kali ini.

p/s - Banyak tayangan hendak tengok tapi masa tidak mencukupi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...