Monday, September 6, 2010

Pantun Raya Bakar Lemang



image source
(http://perjalananjauh.files.wordpress.com/2008/10/100808-1155-salameidulf1.jpg)
&
www.iluvislam.com


Hijau palas hijau ketupat,
Masak rendang penuh seperiuk;
Raya kita sesama umat,
Meriah kita hiruk-pikuk.

Pelita malam cerah sekampung,
Cucuh mercun juga bunga api;
Wahai kawan jangan bermurung,
Datang raya bergembira kita nanti.

Kuih tat perasa nanas,
Dibuat banyak dimakannya budak;
Datang orang janganlah cemas,
Meminta duit raya dia hendak.

Bunga api terbakar serelung,
Meletup pula sepapan mercun;
Hari Raya hari terulung,
Selepas puasa sebulan setahun.

Bakar lemang tepi buluh,
Masak rendang tepi kolah;
Lihat anak bulan bukan bersuluh,
Dekat raya tanda esok sudah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...