Friday, November 19, 2010

Harry Potter and The Deathly Hallows : Part 1 [Dalam Ulasan]



 Harry Potter and Deathly Hallows : Part 1

   Sambungan daripada sekuel HP and The Half Blood Prince ini dan juga bahagian pertama untuk siri akhir. Perjuangan anak muda sihir Harry Potter dan rakan, Ron Weasley dan Hermione Granger dalam menentang kuasa sihir jahat iaitu Tom Marvolo Riddle atau lebih dikenali sebagai Lord Voldemort. Mengetuai kumpulannya Death Eater dimana selepas kebangkitannya adalah untuk memusnahkan Harry Potter.

   Sementelah itu, bahagian pertama untuk sekuel akhir ini menceritakan perjalanan Harry Potter dan rakan-rakannya untuk mencari sihir Horcrux dimana sihir telah digunakan Lord Voldemort atau panggilan "Who Cannot Be Named" oleh rakyat dunia sihir. Horcrux ini terbahagi kepada tujuh bahagian, dan untuk menyempurnakan sihir ini, roh si penyihir yang menyihirkannya perlu dipecahkan kepada tujuh dan disumpah ke tujuh barang yang berlainan. Tujuan Lord Voldemort adalah memerintah dunia sihir dan memusnahkan dunia 'Muggle' yakni dunia manusia. Pemikiran Lord Voldemort ringkasnya adalah benci kepada 'Muggle' dan separuh ahli sihir (salah seorang ibu atau bapa adalah manusia biasa atau ahli sihir). Pada pendapat, penulis, sekuel akhir bahagian pertama ini adalah plot penceritaan pencarian dan pengembaraan watak mencari Horcrux dan memusnahkannya. Nilai moralnya menebal dalam setiap aspek plot penceritaan. Ditekankan dalam cerita tersebut adalah dari segi persahabatan yang utuh antara ketiga-tiga watak utama. Percintaan, nilai kekeluargaan, kasih sayang. Pengarah David Yates, pandai dalam memainkan aspek persekitaran dan wataknya membenarkan diri dalam penghayatan. Plotnya tersusun seperti yang digambarkan oleh J.K. Rowling dalam buku asalnya. Malahan, bagi sesiapa yang mengharapkan aksi-aksi sumpahan yang ketara pasti bosan kerana bahagian satu ini hanya untuk pembangunan plot cerita sebelum peperangan di hutan yang pastinya sangat menarik untuk dipertontonkan dalam bahagian keduanya.

   Selain itu, wasiat Albus Dumbledore ( Bola Emas Snitch, buku "The Tale of Beetle Bard"dan Deluminator) kepada Harry, Hermione dan Ron adalah kunci dalam pencarian Horcrux yang berkuasa itu. Lebih menarik lagi, watak Elf rumah, Dobby, kembali membantu dalam cerita ini. Keseluruhannya, watak pembantu dan sampingan berjaya dalam penghayatan watak. Kunci kepada cerita ini adalah tongkat sakti milik Albus Dumbledore dimana kaitanya dengan Saudara Tua dalam "The Tale of Beetle Bard" dan usahanya memusnahkan musuh utamanya, Harry Potter.

   Oleh demikian itu, siri akhir bahagian kedua cerita ini pasti menjanjikan kepuasan dan aksi-aksi yang paling menarik pernah dipertontonkan. Tayangan cerita dijangka akan keluar pada July 2011.

4.5 out of 5

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...