Sunday, December 19, 2010

Aku Masih Dara [Dalam Ulasan]


Aku Masih Dara




Filem ini datang tepat pada masanya dimana masalah gejala sosial yang kian meruncing kini mula berleluasa. Menceritakan tiga sahabat baik (Aleesya, Sofea dan Hani) yang berlainan latar belakang hidup dengan bergelumang dunia sosial "liar" yang moden. Walaupun berbeza latar belakang, mereka selalu berparty tanpa segan silu. Keadaan perlahan-lahan berubah apabila datangnya sepupu kepada Aleesya, Firdaus dari kampung Cameron Highland. Filem ini juga diibaratkan sebagai filem berani dalam mengetengahkan idea dan disamping itu, setiap adegan babak tersusun, aliran plot nya lancar. Tidak bosan. Mengandungi nilai moral yang harus difikirkan oleh penonton, terutamanya golongan muda belia yang hangat bercinta atau sesiapa sahaja. Setiap penceritaannya diselitkan nasihat. Contohnya, watak Sofea yang tidak pernah membaca Al-Quran, sembahyang, dan minuman haram, ditegur baik dalam cara yang baik dan kena pada tempatnya. 
Penghayatan setiap barisan pelakon dalam filem ini sangat berkesan. Yang memberi impak dan merupakan salah satu nadi cerita ini adalah watak Hani dan Zachery. Sangat berkesan.
Protagonis cerita berjaya mewujudkan elemen Islamik yang harus diterapkan pada para penonton. Dalam setiap hujahnya kukuh dan tajam malahan memang wajar dalam mengimbangi perjalanan plot cerita sehingga konflik akhir. Punchline yang mempunyai impak tinggi. Selain itu, suasana persekitaran memang sesuai pada konsep ideanya. Setiap nilai moral yang dipertikaikan, dihujahkan begitu cantik dalam arus perjalanan cerita ini.

8 out of 10

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...