Friday, December 3, 2010

Rapunzel : The Tangled Tale [3D] (Dalam Ulasan)


Rapunzel : The Tangled Tale (or Tangled - UK version)



Poster versi UK

Seperti filem-filem animasi yang sebelumnya, Disney tidak pernah mengecewakan.
Berkisar olah dari cerita dongeng Jerman, filem animasi Rapunzel memang menyeronokan.
Dengan disuarakan oleh Mandi Moore sebagai Rapunzel, Zachary Levi sebagai Flynn Ryder memang menarik perhatian dalam penceritaan plot.
Dibantu oleh watak binatang, Pascal, si chameleon yang comel dan Maximus, si kuda yang comel dan kelakar dalam membawa cerita ini ke tahap yang lebih menyeronokan.
Berkenaan si puteri raja, Rapunzel, yang diculik ketika bayi oleh Gothel.
Rapunzel dipelihara Gothel dari kecil berseorangan di sebuah menara yang terpinggir.
Beliau juga mempunyai kuasa menyembuh apabila menyanyikan lagu. Kebolehan tersebut diperoleh ketika ibunya, permaisuri sedang gering melahirkan beliau. Raja telah mengarahkan askarnya mencari bunga misteri yang membolehkan merawat permaisuri beliau. Penculikan Rapunzel oleh Gothel hanya berniatkan mahu hidup lama dan kekal muda. [...]

Animasi yang teliti, dan realistik,
Plot yang sangat menarik dan mencuit hati
Bertemakan sedikit elemen muzikal
Humor yang menggamitkan ceria
dan bertambah dengan si comel Pascal dan Maximus.
Sesuai untuk tontonan keluarga dan umum.

4.0 out of 5 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...