Friday, December 31, 2010

Gulliver's Travels 3D [Dalam Ulasan]


Gulliver's Travel



Gulliver's Travel arahan oleh Rob Letterman yang diadaptasi dari novel klasik abad ke 18-an yang ditulis oleh pengarang Jonathan Swift dan dilakon oleh Jack Black.

Permulaan cerita dimana Lemuel Gulliver (Jack Black) memutuskan untuk bercakap kepada wartawan Darcy Silverman (Amanda Peet), dia meyakinkan padanya bahawa dia boleh menulis sebuah laporan tentang (palsu) dunia yang luas "perjalanan" mengatakan impiannya adalah untuk menjadi penulis. Gulliver yang ditugaskan oleh Darcy untuk perjalanan ke Segitiga Bermuda dan menulis sebuah artikel yang menyatakan bahawa lagenda kapal menghilang secara misteri di daerah disebabkan oleh makhluk luar angkasa tidak benar.

seterusnya >>> 

Dengan bergenrekan live-action family-comedy adventure
Cerita ini tidak terlalu menarik jika tanpa Jack Black
Jalan cerita tidak membosankan dengan karakter yang dibawa beliau.
Humor yang ditontonkan tidak terlalu berat dan diterima walaupun kurang.
Grafik yang dipertontonkan begitu realistik antara "Beast" dan orang-orang kecil.
Plot cerita seperti boleh diagak dan dilihat biasa meskipun ia adalah hasil nukilan yang klasik.
Tetapi jujurnya karakteristik Gulliver memang sangat membantu mengukuhkan perjalanan cerita.
Tanpa penghayatan lakonan protagonis Jack Black, mungkin cerita ini tidak menarik.
Watak sampingan "orang-orang kecil" merancakkan lagi cerita yang membuatkan unik dan comel.
Latar tempat juga kena pada cerita dan olahannya pada era 18-an dan juga seperti nukilan pengarang asalnya.
Sememangnya filem ini sangat sesuai untuk tontonan sekeluarga dengan disesuaikan nilai moral yang tersurat dan tersirat dalam filem ini.
Antara nilai yang ketara adalah berterus terang dan kebenaran, bertanggungjawab dan persahabatan.
nilai-nilai lain boleh lagi dilihat secara tersirat.
(^_^)

6 out of 10

p/s - tak puas tengok walaupun dalam 3D, dan "tiada" sarikata untuk TGV dan kelabu bila menonton (TGV sudah adjust brightnesskah?)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...