Wednesday, December 30, 2009

Hiburan Terakhir 2009

Tahun 2009 dah semakin hari semakin menjauhkan diri, tetapi tahun baru mula nak menjengah iaitu tahun 2010. Meningkat lagi satu angka yang memainkan peranannya dalam kehidupan makhluk tuhan ini. Alkisah, sudah banyak aktiviti yang aku lalui sepanjang tahun 2009. Kehidupan sebagai pelajar alkimis didalam bidang teknologi makanan memang mengujakan sebalik tirai 2009. Pengalaman tahun ini memang tercoret didalam memori yang membolehkan aku mengingatinya sampai aku terkubur dengan tanah bumi ini. Saat seseorang itu melaluinya harus dijadikan satu pengajaran, peringatan, tauladan, dan sempadan. Pemikiran yang positif harus diamalkan dan segalanya harus optimis. Usaha itu tangga kejayaan. Ya, itu benar. Segalanya bukan mudah. Ianya memerlukan kerja keras. Apabila sesuatu yang dilakukan dengan kerja keras serta ikhlas, pemikiran positif dan optimis, segala halangan mental dapat dibolosi. Tetapi, selalunya masalah dunia tiada yang dapat diselesaikan keseorangan. We are not alone. Penting kita bersahabat dan kawan-kawan penting untuk kita. "Nakama" atau sahabat penting mencorak kehidupan. Malahan, beringat kita bahawa berpada memilih kawan. Mereka sama-sama mencorak kehidupan kita dan kita mencorak kehidupan mereka. Pergaduhan sesama "nakama", itu biasa. Jadi, tahun 2009 semakin beransur diri, tercatit pengalaman kita wahai kawan dalam diari. DAN. coretan hari ini bukan seperti biasa. berskema daku sekejap. mempraktikkan ilmu yang karatnya penuh. donia yang penuh gaya bahasa dan seni ini mula pudar sejak berkecimpung dalam donia industri ini. Pedagoginya selalu membantu. Sebagai permulaan sempena tahun 2010 ini, sebuah buku akan menjadi tatapan aku sebagai bahan bacaan aku. Buku ini memuncakkan berahi aku untuk membacanya. Ianya bermula pada hari ini, bermukah penuh aku memakai pakaian biasa aku untuk pergi "menghidupkan" lesen yang pernah "mati" sekian lama itu. Berjalan sandiwara si pengembara aku dari rumah Taman Merpati, Senawang ini ke JPJ Senawang yang dekat ini. Arakian tersebut, dengan tidak mengambil masa yang lama untuk "ditiupkan roh baru" ke lesen ini, aku merancang yang menjadi alang-alang terus aku ke Bandar Seremban untuk menonton wayang. This gonna be interesting..to me..Setelah sampai dan menjadi seperti kebiasaan aku bila berjalan-jalan dimana kedai-kedai permainan game di aras atas Terminal One Shopping Complex. Menaik tarafkan ilmu game-game terbaru untuk musim tahun ini. Sementelah itu, dengan selamba aku berjalan ke kaunter Golden Screen Cinema dan beratur menunggu untuk membeli tiket. Pilihan marathon aku kali ini adalah cerita Alvin and Chipmunks 2 dan Avatar.
Kedua-dua cerita ini memang menarik dan bagus. Tahniah untuk kedua-dua pengarahnya iaitu Betty Thomas (Alvin and Chipmunks 2) dan James Cameron (Avatar). Cerita Alvin sememang sangat menghiburkan dengan keletah ketiga-tiga chipmunk ini. Ianya sesuai dengan hiburan sekeluarga dan kecomelan chipmunk menjadi daya tarikan utama selepas suara harmoni mereka. "Bapa" mereka yakni Dave tidak begitu menonjol dan "Squeakquel" ini juga menemukan dengan kemunculan Chippette yakni 3 chipmunk betina. Memang menarik dan tak bosan. Semestinya cerita ini juga menjadi hiburan keluarga dan tarikan untuk golongan kaum hawa. Cute kan? Macam nak picit-picit je pipi Theodore tu kan? Selesai dengan si three-stooges chipmunk tu, berterusan pulak dengan cerita Avatar hasil buah tangan James Cameron. Memang patut aku memberi "salutation" kerana garapan grafik beliau adalah yang terbaik, sebaris dengan pengarah Steven Spielberg dan George Lucas yang merupakan "otai" adalam dunia perfileman. Jalan cerita sememangnya menarik dan sangat lama. Plotnya tersusun dimana manusia yang datang ke Pandorum dan menjalankan kajian dimana manusia boleh menggunakan tubuh penduduk Pandorum melalui projek Avatar. Penceritaan selebihnya akan menjadi spoil, jadi tonton la sendiri. Tamat alkisah dengan marathon wayang, bermula pula dengan pencarian bahan bacaan yang diceritakan tadi. Buku tersebut adalah The Master Strategists by Ketan J. Patel, Majalah PC dan juga Photoshop magazine. Aku ni tak boleh menapak kedai buku lama-lama. Lagi lama lagi teruja aku nak membaca buku-buku ni. Geram sudah aku dengan buku The Last Juror, komik-komik, buku-buku agama dan juga et cetera. Oleh sedemikian, pulang lah aku dengan buku-buku yang aku ucaptama tadi. Pengakhirannya, benda-benda tadi merupakan hiburan terakhir aku untuk tahun 2009 dan Insyaallah permulaan tahun baru ini menjadi sesuatu yang baik. Yosh!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...