Oh juwita..
Dek malam aku rindu,
Dalam khabar daku pilu,
Jua kenal kita tersipu,
Terdetik manja malu.
Oh juwita..
Kabut dunia kita teguh,
Bersama lalu hadapi utuh,
Onak duri dalam ranjau buluh,
Ujian Tuhan sama terima sungguh.
Oh juwita..
Pahit kelam sudah lumrah,
Manis lecas itu fitrah,
Bercinta kita bukan salah,
Ciptaan Tuhan tiada celah.
Oh juwita..
Tak bertemu jadi rindu,
Tak bersua jadi kedu,
Dalam hati debar sipu,
Ingat buah hati, ingat Allah dahulu.
Oh juwita..
Malam ini jangan menangis,
Kerana siang tidak sinis,
Hujan juga pujuk bertitis,
Esok hari panas tak berguris.