Showing posts with label budaya. Show all posts
Showing posts with label budaya. Show all posts

Tuesday, January 17, 2012

Year of the Dragon [ Yi err ouf d doragon ]








People born in the Year of the Dragon share certain characteristics. The Dragon sign is an abbreviated way of characterizing that individual's personality. Following are features associated with the sign of the Dragon.

Fifth in order, Chinese name-LONG, sign of luck
Hour-7am-8:59 a.m. Month-April
Western Counterpart-Aries

CHARACTERISTICS
  1. Innovative
  2. Enterprising
  3. Flexible
  4. Self-assured
  5. Brave
  6. Passionate
  7. Conceited
  8. Tactless
  9. Scrutinizing
  10. Unanticipated
  11. Quick-tempered
[source]




Tuesday, December 6, 2011

Sujud Syukur-Ku





Sujud syukur,
Kerana beri saya peluang dan saya tak akan lupa akan itu.
Sujud syukur,
Kerana dapat berjumpa dengan orang-orang yang hebat.
Sujud syukur,
Kerana dapat melakukan sesuatu untuk masyarakat, keluarga, sanak-saudara, rakan-rakan, dan juga diri.
Sujud syukur,
Kerana dapat buat semua orang rasa gembira.
Sujud syukur,
Kerana dapat melalui kehidupan ini.
Sujud syukur,
Kerana dapat melihat keajaiban dan keindahan alam milik Allah S.W.T.
Sujud syukur,
Kerana atas panduan dan hikmah.
Sujud syukur,
Kerana memberikan aku kekuatan dan akal fikiran.
Sujud syukur,
Kerana atas lindungan-Mu Ya Allah.
Sujud syukur,
Kerana berikan aku nafsu dan rasional akal.
Sujud syukur,
Kerana memberikan tubuh dan roh jiwa.
Sujud syukur,
Kerana atas apa yang diberi dan diterima.
Sujud syukur,
Kerana itu aku hamba-Nya.

dan

Sujud syukur,
kerana atas kelahiranku di dunia ini.


Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya Aidifitri untuk SEMUA-SEMUA-lah..



  • Saya meminta maaf jika sebelum ini telah banyak membuat kalian berasa tidak senang atas salah silap saya.
  • Saya meminta maaf jika sebelum ini membuat kalian berasa bengang terhadap diri saya.
  • Saya meminta maaf jika sebelum ini saya terambil barang-barang kalian.
  • Saya meminta maaf jika sebelum ini saya terkasar bahasa dengan kalian.
  • Saya meminta maaf jika sebelum ini saya tersepak kaki ketika bersembang di kedai makan.
  • Saya meminta maaf jika sebelum ini saya ketidaksengajaan terpelanting benda kepada kalian.
  • Saya meminta maaf jika sebelum ini saya berjalan-jalan terbuat muka ketat.
  • Saya meminta maaf jika sebelum ini saya menconteng dan terconteng buku-buku nota kalian yang kalian sayang itu.
  • Saya meminta maaf jika sebelum ini saya ada termengejek terhadap kalian.
  • Saya meminta maaf jika sebelum ini jalan-jalan terserempak sehingga tidak sedar kalian berjalan.
  • Saya meminta maaf jika sebelum ini 'Lu tgk gua bengang, Gua tgk Lu pun bengang' je kan.
  • Saya meminta maaf jika sebelum ini saya terlambat balas mesej samada Skype, YM, FB atau SMS.
  • Saya meminta maaf jika sebelum ini saya bakar mercun sampai kalian terkejut.
  • Saya meminta maaf jika sebelum ini saya buat kalian rasa moral down.
  • Saya meminta maaf jika sebelum ini saya tersepak bola kena kepala.
  • Saya meminta maaf jika sebelum ini saya jalan laju-laju sampai tertinggal kalian di belakang.
  • Saya meminta maaf jika sebelum ini saya cakap mencelah ketika kalian bercakap.
  • Saya meminta maaf jika sebelum ini saya 'pow' sedut air dan juga 'pow' duit kalian.
  • Saya meminta maaf jika sebelum ini main-main dengan kalian.
  • Saya meminta maaf banyak-banyak dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Wednesday, August 10, 2011

Pantun Ramadhan 2011


Datang Ramadhan kita berpuasa,
Membeli juadah, bazaar berterpa;
Pergi sana ada orang terdedah sini-sana,
Ya Allah, inikah dugaannya?

Bulan puasa bulan mulia,
asal syaitan tiada nak hala;
nafsu manusia kadang gila,
siang hari makan peduli tiada.

Cerah siang berpuasa kita,
Gelap malam berterawikh manusia;
Amar makruf ingat di kepala,
Nahi mungkar elak sentiasa.

Wednesday, December 15, 2010

Pantun Budi Nasihat


Buah pala sedap diperam,
  Kunyah pula buah duku;
Sakit hati jangan dipendam,
  Asal baik biar berlalu.

Telapak bunga harum bau,
  Cantik seri indah menawan;
Berkata cinta orang tak mahu,
  Jaga hati orang nak tertawan.

Semut api bukannya api,
  Raja udang bukannya raja;
Biar marah ketap gigi,
   Jangan kemudian muram berdurja.

Liuk lenggok si keli hitam,
  Berkocak air terpercik sana;
Jangan hidup kerana dendam,
  Kerana dendam jiwa merana.

Pokok kelapa bertandan tindan,
  Dikaut jatuh disimpan guni;
Simpan azam hidup berimpian,
  Berbuat baik berkalung budi.

Daun pandan bukan kantan,
  Dibawa masak sama sedap;
Orang muda jangan cakap sialan,
  Kerana ia sialan biadap.

Pergi ke pasar jalan terkesima,
  Membeli tauhu seketul dua;
Hormat menghormati kita sesama,
  Tanda kita beramalan akhirat dunia.

Saturday, November 27, 2010

Bushido dan Kita

Sudah seberapa lama hari itu, aku menonton JDorama -- Samurai High School. Agak ambil masa yang lama untuk aku menonton semua drama 9 episod ini. Cuma lambat sikit nak habis sebab sibukkan diri dengan benda lain. Jadi, ketika menonton drama ni, cerita membawa aku terfikir tentang satu perkara & membuatkan aku ingin mengetahui lebih mendalam. Ia berkenaan tentang etika & kehidupan seorang...


"SAMURAI"
Ya..
S.A.M.U.R.A.I.


Saturday, November 6, 2010

Berikan Aku Kenangan Untuk Ku Tulis Kemudian Hari


 Khas untuk pelajar-pelajar UniKL MICET
Tak lupa juga pesanan untuk rakan-rakan yang mengenali diri saya
Tak kira di mana-mana pun..

Monday, October 25, 2010

Evolusi Bahasa Kita


Bahasa Melayu kita yang tidak terlepas dengan perubahan dan trend terkini dimana evolusi penggunaan terus berubah samada dalam percakapan, tulisan, atau media lain. Komunikasi menjadi lebih cepat dengan penggunaan ayat-ayat yang telah dipendekkan samada yang menulis dan juga yang menerima.

Tuesday, August 10, 2010

Kembalinya Ramadhan


Bulan Ramadhan Al-Mubarak kembali lagi
terubat rinduku
Bulan mulia bagi sekelian umat Islam seluruh dunia
mana yang kecilnya mahupun yang tuanya
beramal terawih kita
laungan surah dari peti suara surau dan masjid
berjemaah semua muslimin muslimat
bertimpuh dan sujud padaNya
memohon kelimpahan dan rahmatnya
berpeluang kita menambah pahala dan hapus dosa
menginsafi salah dunia
mengingati kekal ukrawi sana
jaga solatmu
jaga tingkah lakumu
jaga perilaku mu
jaga amalanmu
jaga tindakanmu
jaga batas pergaulan mu
jaga iman mu
jaga saudaramu
jaga adik-adikmu
jaga ibumu,jaga ibumu, jaga ibumu, jaga bapamu
jaga nafsumu
berpesan padamu juga bererti berpesan padaku
Selamat Berpuasa

Friday, May 21, 2010

Pantun Nasihat Sesama Sihat




Anak tenggiri anak patin,
Berenang ke hilir mencari hulu;
Orang kini sangat prihatin,
Miskin pinggir kita bantu.

Gunung Ledang tinggi puncak,
Lambang kasih cinta agung;
Bercinta orang duduk berkehendak,
Rindu tersisih dalam termenung.

Alur parit alir sawah,
Tempat ria si anak pacat;
Noda hati terlilit jangan singgah,
Tercatit dosa mesti beringat.

Lurah tinggi gagah panjat,
Menggapai puncak kebal keringat;
Impian hati kental semangat,
Usaha tergerak jaya tertambat.

Saturday, May 15, 2010

Hutan Hujan & Hutan Batu

Hutan Hujan & Hutan Batu
dua tempat yang berbeza
kebanyakan anak muda sekarang didedahkan
dalam situasi hutan batu
penuh kemewahan, penuh imbuhan
analoginya kita mula hidup terarus dengan perkembangan modenisasi
sesetengahnya mula lupa asasnya
asal kita
cuba kita membayangkan kehidupan nenek moyang zaman dahulu
berbahagia hidup, kaya adat ketimuran dan budaya resam
kukuh pegangan bersatu dan berpadu
jadi apa bedanya hutan batu?
bukan menjadi kesalahan untuk kita menjadi lebih baik
sekerasnya batu sekerasnya lagi hati manusia
arus maju sangatlah deras
kederasannya mempunyai kemampuan untuk menghanyutkan segala isinya
jika di hutan hujan kita lapar, alam semulajadi menjadi sebahagian hidup untuk dinikmati
jika di hutan batu kita lapar, mana jamahan kita kita perlu?
'survival' memang penting
abstraknya perpaduan kita sesama amatlah penting
cuba kita pandang sejarah robohnya kota Melaka pada era dahulu
yang robohnya bukan kerana penjajah merobohkannya
tetapi sifat2 negatif penduduk2, orang2 besar kenamaan
pada dasarnya kita menjadi lemah kerana sikap sendiri
sifat negatif kita dipandang dan diambil kesempatan oleh pihak luar menjajah
adakah kita masih lupa?
mari kita ingat bersama-sama tuan-tuan dan puan-puan
jangan kita lupa
sudah berpuluh dekad, berkurun lamanya,
kita mula terbawa arus sungai yang deras tadi
untuk melepasi arus yang kuat memerlukan tenaga yang kuat dan ramai
bagaimana?
PERPADUAN sesama kita
keutuhan sesama untuk membantu malah anak2 kita yang akan datang
bagaimana mereka pula untuk melepasi ranjau arus deras ini?
Elakkan sikap2 yang merosakkan kita dan masa depan
sekurang2 hanya untuk adik2, anak2 dan cucu-cicit kita
Sedarlah kita


Friday, March 19, 2010

Seni Untuk Masyarakat

Setelah beberapa aku tak menyebut ayat ini..

"SENI UNTUK MASYARAKAT"

perkara ini banyak ditekan semasa aku masih dibangku sekolah..
Pelajaran Kesusasteraan Melayu banyak mengajar aku erti
bahasa, budaya, Agama, pedoman, prinsip, tingkah-laku, cinta dan sayang,
dari sudut penulisan dan penghayatan sesebuah karya
perjuangan halus yang membawa erti harga diri, maruah hidup
tanggungjawab diri untuk diri, bangsa dan negara
untuk harungi arus permodenan.

[Bahan Lanjut]

Wednesday, March 10, 2010

Fikir Ku


Fikir ku sebagai kawan,
kami tawa beriring ringan,
gaduh kami ikatan,
sindir bertaut kuat hubungan,
hinaku mencabar ego igauan,
celaka dikau impian dalam permainan,
jauh dalam hati aku segan,
baik dikau jahat jangan,
kerana daku bukan dendam simpan.

Fikir ku sebagai abang,
tanggung ku berjawab ku tenang,
wahai adik, jangan hilang,
pedoman, ikhtiar, hidup berpegang,
kuasa Tuhan jangan ditentang,
zahir dunia akhirat mendatang,
ingat pahala, dosa terlarang,
pesan abang itu sayang.

Fikir ku sebagai lelaki,
berbunga dunia aku berahi,
wanginya aku termimpi,
terbangnya kumbang seret tak jadi,
kembang bunga cucuk berduri,
mendatang mereka tikam hati,
rusuk kurang itu bunga diingati,
takdir Adam Hawa itu pasti,

Fikir ku sebagai masyarakat,
si ketua berperah ligat,
anak buah penat melihat,
dalam kancah moden sesat,
berpeleseran anak kata hebat,
apakah itu?..nak kiamat?
menyuap orang halal bertabiat,
tak tahu mereka neraka dapat,
dibedal mereka kubur oleh malaikat,
sesal aku insaf berpendapat,
tak termampu daya pegang lekat,
mari rakyat bersatu ingat,
punah dunia sedang pesat,
kerna kita sama bertempat,
baik kita baik sejagat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...