Buah pala sedap diperam,
Kunyah pula buah duku;
Sakit hati jangan dipendam,
Asal baik biar berlalu.
Telapak bunga harum bau,
Cantik seri indah menawan;
Berkata cinta orang tak mahu,
Jaga hati orang nak tertawan.
Semut api bukannya api,
Raja udang bukannya raja;
Biar marah ketap gigi,
Jangan kemudian muram berdurja.
Liuk lenggok si keli hitam,
Berkocak air terpercik sana;
Jangan hidup kerana dendam,
Kerana dendam jiwa merana.
Pokok kelapa bertandan tindan,
Dikaut jatuh disimpan guni;
Simpan azam hidup berimpian,
Berbuat baik berkalung budi.
Daun pandan bukan kantan,
Dibawa masak sama sedap;
Orang muda jangan cakap sialan,
Kerana ia sialan biadap.
Pergi ke pasar jalan terkesima,
Membeli tauhu seketul dua;
Hormat menghormati kita sesama,
Tanda kita beramalan akhirat dunia.
No comments:
Post a Comment