Friday, December 3, 2010

The Chronicle of Narnia : The Voyage of Dawn Treader [3D] (Dalam Ulasan)


The Chronicles of Narnia : The Voyage of Dawn Treader

Kesinambungan dari sekuel sebelumnya TCoN: The Prince Caspian
Sekuel ini di lakon layar oleh watak Lucy & Edmund Pevencie, Putera Caspian (Caspian X)
dan watak baru iaitu sepupu kepada Lucy & juga Edmund, Eustace.
Malahan, Peter & Susan iaitu abang dan kakak kepada Lucy & Edmund kali ini tidak dimasukkan dalam bawaan bersama dimana hanya sebagai penampilan 'cameo' sekejap sahaja.
Sebagai ulasan, plot cerita tampak mudah dengan watak utama 'dijemput' ke dunia Narnia setelah 3 tahun sejak membantu Caspian menaiki takhta Raja Narnia.
Kedatangan mereka di lautan disambut kebetulan oleh kapal Caspian.
Konsep plotnya mudah.
Kedatangan Lucy & Edmund membantu Caspian mengembara untuk mencari 7 Bilah pedang kepunyaan 7 raja setelah beliau bersumpah untuk mencari tujuh Lords of Narnia yang hilang.
Perhentian mereka disebuah pulau dijadikan plot cerita dimana Lucy diculik oleh dwarf 'halimunan' yang disumpah oleh Drinian.
Diteruskan, perhentian pertama pengembaraan mereka adalah di Lone Island, pulau yang jauh dari wilayah Narnia dan tempat berleluasanya perdagangan hamba.
Kemudian mereka ke pulau yang seterusnya, dimana Eustace menjadi naga setelah memakai gelang kepunyaan Raja Octesian.
Selepas itu, kembara perhentian di pulau Death Island dan berjumpa dengan kolam yang menukarkan semua benda kepada emas dan akhirnya ke Burnt Island, Duffer Island dan Dark Island.

Plot sambungan yang mudah,
watak garapan yang berjaya dalam menghidupkan cerita,
grafik CGI yang mengkagumkan,
latar persekitaran yang menarik dan menghidupkan suasana kecuali babak akhir Dark Island. Dimana, suasana yang hitam dan gelap yang menyukarkan plot untuk berkembang dan mencapai klimaks. Tetapi, dengan bantuan 3D, kesan khas adalah membantu ketika menonton.
Tidak banyak idea yang ingin diketengahkan.
Pembangunan watak dalam cerita adalah membantu dimana kesemua watak menjadi lebih matang.
Anggapan yang tinggi untuk cerita ini tidak sampai seperti yang diharapkan.
Menarik tetapi sesuai untuk meluangkan masa atau menghilangkan bosan.
Tetapi untuk peminat Narnia, tidak boleh terlepas sekuel ini.

3.5 out of 5

P/S - Filem tayangan perdana 3D di TGV tiada sarikata (Subtitle), jadi keseronokan telah kurang.
MySpace

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...