Monday, December 6, 2010

Ngangkung (Dalam Ulasan)


Ngangkung


Mengisahkan tiga orang rakan, Azim, Tasnim dan Wan yang 'mengangkung' untuk mendapatkan nombor ekor. Ngangkung adalah perbuatan memuja semangat atau penunggu dengan bermodalkan barang-barang lama untuk tujuan meminta nombor ekor. Filem ini berkisarkan moraliti setiap watak yang melakukan aktiviti akibat kesempitan hidup dan ingin cepat kaya.
Elemen penceritaan tidak berat tetapi moraliti terhadap budaya ngangkung adalah diterap dalam cerita iaitu jangan melakukan sesuatu yang dilarang agama kerana ia adalah satu perbuatan syirik. Lain, adalah jika ingin kejayaan, kita mestilah berusaha selain berikhtiar.
Perwatakan adalah memuaskan dimana unsur humor, kekeluargaan, persahabatan berjaya ditimbulkan oleh semua watak walaupun pengakhirannya begitu sedikit kurang momentum.
Punchline untuk ke akhir momentum adalah lemah walaupun mesejnya sampai.
Plot cerita tersusun, tidak membosankan,
Suasana persekitaran sesuai dengan tema horror comedy.
humor komedi yang ringan dengan tatapan penonton dan boleh diterima semua.

3.5 out of 5


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...