Sunday, December 19, 2010

Tron Legacy [Dalam Ulasan]


Tron Legacy







Sekuel daripada Tron (1982) iaitu Tron Legacy dimana Kevin Flynn yang merupakan hacker programmer telah mencipta dunia "The Grid" yang asalnya adalah permainan video. Tujuan asalnya adalah membina dunia yang lebih sempurna untuk diduduki oleh penduduk dunia. Filem ini berkisar tentang anak Kevin, Sam Flynn yang mencari ayahnya yang hilang. Sepencarian Sam mencari ayahnya terus terperangkap ke dalam dunia "The Grid". Di dalam dunia tersebut, CLU adalah berkuasa dan ia juga adalah programmer klon yang sama seperti Kevin Flynn. Dengan sifat kesempurnaan CLU yang ingin lebih sempurna dunia The Grid musnah dengan berlakunya genocide ISO. Filem ini diteruskan oleh watak Sam yang ingin menyelamatkan ayah dan dirinya sendiri oleh ancaman CLU.
Plot cerita sememangnya adalah sambungan oleh Tron (1982), dan diolah dalam bentuk futurustik. Babaknya tersusun. Persekitaran hanya berkisar pada dunia realiti dan kemudian berterusan di dalam dunia The Grid.
Berbeza dengan filem lamanya, prop begitu sesuai dengan ceritanya canggih. Dengan bantuan CGI, idea konsep penceritaan dapat ditonjolkan secara ketara. Hiburan aksi Pertandingan Kitaran Masa sangat menghiburkan. Mungkin sesetengah orang kurang faham dengan terminologi dan istilah-istilah dalam cerita ini dan kurang realistik konsepnya dan ini menjadi salah satu faktor jika filem ini kurang menarik.
Kepuasan menonton adalah dijamin dan lebih kepuasan terjamin dan berbaloi jika ditonton secara 3D.

8.5 out of 10

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...