Saturday, December 25, 2010

Aku dan MARDI


Sudah 5 hari...


Lama sudah tidak update ini blog.
Mana tidaknya, kini dalam masa empat bulan,
Serdang akan menjadi tempat kedua selepas Senawang.
Keadaan agak sibuk dalam seminggu ini.
Aku kini sedang menjalani latihan industri atau Englishnya, Industrial Training.
Tempat tersebut adalah MARDI Pusat.
atau nama panjangnya
Malaysian Agricultural Research and Development Institute




Aku ditempatkan di Bahagian Mekanisasi dan Automasi iaitu MARDI Central Kitchen.
Malahan, aku juga ditempatkan bersama dengan sahabat aku iaitu Wan Kurik dan juga seorang pelajar Monash University iaitu Sophia.
Kami bertiga ditugaskan menjaga Central Kitchen.
Minggu pertama adalah permulaan yang baik. Datang hari pertama saja dah kena buat kerja. Ini disebabkan masa itu juga pengarah juga menjemput VIP datang menikmati hidangan di ruangan Cafe Central Kitchen tersebut. Jadi hari keduanya adalah menjadi sangat sibuk.
Dalam minggu pertama ini juga, merupakan hari-hari yang membosankan juga sebab tiada kerja yang perlu dibuat.
Hanya rutin harian yang perlu dibuat seperti kemas-kemas barang, pantau suhu freezer dan chiller, kira barang-barang stok. Tidak tahulah mungkin ini baru minggu pertama.
Kami disini bangga dapat kenal dengan kakitangan disitu. Terutamanya tuan pengarah yang baru sahaja naik pangkat iaitu En. Zainal, supervisor kami, Cik Sharifah merangkap Research Officer dan Uncle Tony, orang lama dan veteran MARDI, juga seangkatan dengan En. Zainal dan akhir sekali En. Syukri.
Dan pada satu-satu masa ianya sangat menarik dimana kesportingan Uncle Tony dan En. Syukri yang membenarkan kami makan dan ambil makanan dalam stok. Sangat menarik bila difikirkan. Menggunakan equipment besar untuk memasak. I like this when this happen. 
Buat masa ini dalam seminggu adalah baik untuk minggu yang pertama.
Masih tinggal 15 minggu sebelum tamatnya Latihan Industri.
Check it out later

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...