Showing posts with label Sook-an. Show all posts
Showing posts with label Sook-an. Show all posts

Sunday, June 27, 2010

Cawan Dunia 2010 : Afrika Selatan



Yosh!!
Entry terbaru kali ini
Cawan Dunia 2010
Suatu fenomena empat tahun sekali
Seluruh pelusuk dunia dalam demam
Perlawanan bola sepak
Antara negara, antara benua
Satu dunia bersorak demi negara
Dalam situasi sorakan Vuvuzela
Tuan rumah berpusat di Afrika Selatan
Makan bola, tidur bola, bola bola.
Berkumpulnya orang di kedai-kedai mamak
Atau pun gerai-gerai di tepi jalan
Dengan adanya layar putih besar
Dan projektor
Siaran langsung
Samada langganan Astro atau Siaran kerajaan RTM
Penonton bertawa hilai bersama rakan
Bergurau senda memuji negara sokongan
Ikatan erat terbukti kukuh
Dalam amarah pihak lawan menyumbat sawang
Penangannya cukup besar dan beerti pusingan
Rembatan pada bola memang menjadi bualan
Sejak dianjurkan, setiap malam orang berimpian
Yang bertaruhnya, yang memakinya,
Yang gembiranya, yang carutnya,
Penyatuan bangsa dalam bola sepak
Penyatuan bahasa dalam bola sepak
Penyatuan budaya dalam bola sepak
Penyatuan silaturahim dalam bola sepak
Penyatuan kasih sayang dalam bola sepak
Dunia bola sepak ada impaknya
Dari hujung benua ke hujung benua
Kita merasainya..
Itulah 
Siapa Juara?
Siapa handal?
Kita lihat..
Dan jumpa lagi
 FIFA World Cup 2014
Brazil

Sunday, March 21, 2010

Road to SUKMA XIII Melaka 2010:
Larian Baton DUN Taboh Naning




Sepanjang hampir 30 km, 20 checkpoint..
berkejaran membawa baton kebanggaan
SUKMA XII Melaka 2010
melibat seluruh pelusuk daerah..
dari Kampung Cherana Putih ke Kampung Melekek..
sampai di Simpang Ampat,
membolosi Taman Naning, patah balik ke Jalan Taman Jati,
Melalui Kampung Brisu, Kampung Solok Uban, Kampung Rantau Panjang,
terus melewati hingga Kampung Paya Datok
dan
keluar di Air Paabas.
Dari simpang ke kiri terus ke Kampung Melekek.
Di mana itu adalah pengakhiran larian
baton bertukar tangan ke tangan yang lain,
meskipun aku ingin memegang
tapi semua orang berebut benda yang sama
baik tak payah..lari saja..
yang tertinggal terus keciciran,
berlari kami sampai Simpang Ampat,
menumpang pula dalam van..
Dari sini bermula episod pengembaraan geng bermula.
atas jemputan pakcik menumpang kami atas van.
bersembang kami, juga, bercerita kami.
penceritaan pakcik tentang hidupnya
dan kawan-kawannya
pengalaman, dan pesanan
bersorak memecah kampung.
ketawa kami bukan selalu
melihat telatah penduduk
kagum lihat nenek usia 70 tahun berlari,
meriah larian si budak kecil
makcik2 dan pakcik2
berkibar bendera dari tepi
dan konvoi bersama
yang motor rempit si anak muda
yang motor klasik besar juga
dalam panas dan redup
tamat nya disana..
dalam tawa kecil kami
5 orang kami dari UniKL MICET sahaja yang sampai
penuh lengkap pusingan
entah apa dilihatnya propaganda
puasnya kami dalam larian..

Sunday, March 14, 2010

Legacy of Food Technology

Arakian sudah hari ini,
dengan beransurnya perlawanan bola sepak petang tadi,
antara Food dan Environment,
berpihaknya Food dengan keputusan 2 berbalas 0,
sememangnya Karnival Sukan,
dan
Tahniah juga kepada semua pemain2 Food,
dengan keazaman dan semangat dalam menaikkan nama Food,
dengan rekod kita
~1 Emas, 2 Perak dan 6 Gangsa~
(dari sumber yang saya dengar...dari Joe..)
yang amat membanggakan dan memberangsangkan.
Sememangnya kita harus bangga,
kepada pertandingan kita yang kalah,
tak perlu digusarkan,
kerana itu yang terbaik kita lakukan,
disamping kita 'enjoy' dalam merapatkan sesama kita,
Sekali lagi saya ucapkan,

~Tahniah~
~Félicitation~
〜恭喜〜
~बधाई हो ~
~Herzlichen Glückwunsch~

*nota kaki - ayat hari ni agak skema sket..so, skali skala dua kali tiga kala pa salah skema kan..*

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...