Showing posts with label poem. Show all posts
Showing posts with label poem. Show all posts

Sunday, April 15, 2012

Oh Juwita..



Oh juwita..

Dek malam aku rindu,
Dalam khabar daku pilu,
Jua kenal kita tersipu,
Terdetik manja malu.

 Oh juwita..

Kabut dunia kita teguh,
Bersama lalu hadapi utuh,
Onak duri dalam ranjau buluh,
Ujian Tuhan sama terima sungguh.

Oh juwita..

Pahit kelam sudah lumrah,
Manis lecas itu fitrah,
Bercinta kita bukan salah,
Ciptaan Tuhan tiada celah.

Oh juwita..

Tak bertemu jadi rindu,
Tak bersua jadi kedu,
Dalam hati debar sipu,
Ingat buah hati, ingat Allah dahulu.

Oh juwita..

Malam ini jangan menangis,
Kerana siang tidak sinis,
Hujan juga pujuk bertitis,
Esok hari panas tak berguris.

Wednesday, August 10, 2011

Pantun Ramadhan 2011


Datang Ramadhan kita berpuasa,
Membeli juadah, bazaar berterpa;
Pergi sana ada orang terdedah sini-sana,
Ya Allah, inikah dugaannya?

Bulan puasa bulan mulia,
asal syaitan tiada nak hala;
nafsu manusia kadang gila,
siang hari makan peduli tiada.

Cerah siang berpuasa kita,
Gelap malam berterawikh manusia;
Amar makruf ingat di kepala,
Nahi mungkar elak sentiasa.

Wednesday, December 15, 2010

Pantun Budi Nasihat


Buah pala sedap diperam,
  Kunyah pula buah duku;
Sakit hati jangan dipendam,
  Asal baik biar berlalu.

Telapak bunga harum bau,
  Cantik seri indah menawan;
Berkata cinta orang tak mahu,
  Jaga hati orang nak tertawan.

Semut api bukannya api,
  Raja udang bukannya raja;
Biar marah ketap gigi,
   Jangan kemudian muram berdurja.

Liuk lenggok si keli hitam,
  Berkocak air terpercik sana;
Jangan hidup kerana dendam,
  Kerana dendam jiwa merana.

Pokok kelapa bertandan tindan,
  Dikaut jatuh disimpan guni;
Simpan azam hidup berimpian,
  Berbuat baik berkalung budi.

Daun pandan bukan kantan,
  Dibawa masak sama sedap;
Orang muda jangan cakap sialan,
  Kerana ia sialan biadap.

Pergi ke pasar jalan terkesima,
  Membeli tauhu seketul dua;
Hormat menghormati kita sesama,
  Tanda kita beramalan akhirat dunia.

Saturday, November 6, 2010

Berikan Aku Kenangan Untuk Ku Tulis Kemudian Hari


 Khas untuk pelajar-pelajar UniKL MICET
Tak lupa juga pesanan untuk rakan-rakan yang mengenali diri saya
Tak kira di mana-mana pun..

Monday, September 6, 2010

Pantun Raya Bakar Lemang



image source
(http://perjalananjauh.files.wordpress.com/2008/10/100808-1155-salameidulf1.jpg)
&
www.iluvislam.com


Hijau palas hijau ketupat,
Masak rendang penuh seperiuk;
Raya kita sesama umat,
Meriah kita hiruk-pikuk.

Pelita malam cerah sekampung,
Cucuh mercun juga bunga api;
Wahai kawan jangan bermurung,
Datang raya bergembira kita nanti.

Kuih tat perasa nanas,
Dibuat banyak dimakannya budak;
Datang orang janganlah cemas,
Meminta duit raya dia hendak.

Bunga api terbakar serelung,
Meletup pula sepapan mercun;
Hari Raya hari terulung,
Selepas puasa sebulan setahun.

Bakar lemang tepi buluh,
Masak rendang tepi kolah;
Lihat anak bulan bukan bersuluh,
Dekat raya tanda esok sudah.

Friday, September 3, 2010

Single is Simple


Single is Simple
that's what people said
Single is Simple
that's what all of sound easy
Single is Simple
that's where all alone is
Single is Simple
that's what a life is
Single is Simple
that's where all people experienced it
Single is Simple
that's a reason learned from reality
Single is Simple
that's what you do is nothing happen
Single is Simple
that's what happen to thy
Single is Simple
Couple are trouble
Love to Love
Love to Single Simple
No matter what it is...
That's a life..
We all gonna experienced it

Monday, August 30, 2010

Meskipun, Hanya kerna, Kamu tahu dan Jika hanya


Ingat lagi kamu benda ini?
Kamu tahu itu memori paling saya ingat

Meskipun bukan lagi perbualan kita
Meskipun bukan lagi anggapan kita
Meskipun bukan lagi permainan kita
Meskipun bukan lagi rahsia kita
Meskipun bukan lagi akan dalam simpanan
Meskipun bukan lagi sesuatu yang aku dambakan
Meskipun ianya adalah kehidupan

Hanya kerna aku begini aku lepaskan
Hanya kerna aku begini aku biarkan
Hanya kerna aku begini aku sayangkan
Hanya kerna begini aku relakan
Hanya kerna begini aku impikan
Hanya kerna begini aku lupakan
Hanya kerna begini aku teruskan hidup

Kamu tahu aku sakit?
Kamu tahu aku terngiang-ngiang?
Kamu tahu aku dah lupa?
Kamu tahu aku merelakannya?
Kamu tahu aku sayangkannya?
Kamu tahu aku ambil kisah tentangnya?
Kamu tahu aku diamkannya?
Kamu tahu aku fikirkannya?
Kamu tahu aku tidak tahu apa fikiran kamu?

Jika hanya dan memang takdir begitu
ingin aku duduk bersujud
Jika hanya dan memang takdir begitu
ingin aku tak pernah berjumpa mu
Jika hanya dan memang takdir begitu
ingin aku pergi dari mu
Jika hanya dan memang takdir begitu
ingin aku sangat mencintai
Jika hanya dan memang takdir begitu
ingin aku memberi penuh kesetiaan
Jika hanya dan memang takdir begitu
ingin aku mengucapkan ayat agung
jika hanya dan memang takdir begitu
ingin aku rela disampingmu

Jadi
Selamat Tinggal Memori


Friday, May 21, 2010

Pantun Nasihat Sesama Sihat




Anak tenggiri anak patin,
Berenang ke hilir mencari hulu;
Orang kini sangat prihatin,
Miskin pinggir kita bantu.

Gunung Ledang tinggi puncak,
Lambang kasih cinta agung;
Bercinta orang duduk berkehendak,
Rindu tersisih dalam termenung.

Alur parit alir sawah,
Tempat ria si anak pacat;
Noda hati terlilit jangan singgah,
Tercatit dosa mesti beringat.

Lurah tinggi gagah panjat,
Menggapai puncak kebal keringat;
Impian hati kental semangat,
Usaha tergerak jaya tertambat.

Wednesday, March 10, 2010

Fikir Ku


Fikir ku sebagai kawan,
kami tawa beriring ringan,
gaduh kami ikatan,
sindir bertaut kuat hubungan,
hinaku mencabar ego igauan,
celaka dikau impian dalam permainan,
jauh dalam hati aku segan,
baik dikau jahat jangan,
kerana daku bukan dendam simpan.

Fikir ku sebagai abang,
tanggung ku berjawab ku tenang,
wahai adik, jangan hilang,
pedoman, ikhtiar, hidup berpegang,
kuasa Tuhan jangan ditentang,
zahir dunia akhirat mendatang,
ingat pahala, dosa terlarang,
pesan abang itu sayang.

Fikir ku sebagai lelaki,
berbunga dunia aku berahi,
wanginya aku termimpi,
terbangnya kumbang seret tak jadi,
kembang bunga cucuk berduri,
mendatang mereka tikam hati,
rusuk kurang itu bunga diingati,
takdir Adam Hawa itu pasti,

Fikir ku sebagai masyarakat,
si ketua berperah ligat,
anak buah penat melihat,
dalam kancah moden sesat,
berpeleseran anak kata hebat,
apakah itu?..nak kiamat?
menyuap orang halal bertabiat,
tak tahu mereka neraka dapat,
dibedal mereka kubur oleh malaikat,
sesal aku insaf berpendapat,
tak termampu daya pegang lekat,
mari rakyat bersatu ingat,
punah dunia sedang pesat,
kerna kita sama bertempat,
baik kita baik sejagat.

Friday, March 5, 2010

Waktu Pagi Indah

Lama tidak setenang ini
hari cantik waktu pagi
berjunjung tinggi si matahari
terpana sinar wajah dunia ini
bersepoi angin lemah bayu pergi
berkicauan si burung gembira bunyi
melihat arakan awan datang dan pergi
melayan hati sunyi

Tautan walhal si anak dunia yang peri
gelora berkata nak pergi
bertenang berkata nanti
yang lanjut aku mimpi
yang pikul aku sepi
naluri pesan jangan berdengki
kalau dengki kita rugi
akal pesan jangan bermaki
kalau bermaki kita tipu diri
berkasih kita fana mimpi
berhalal hidup akhirat dunia yang abadi

Beringat kumbang bunga hati
sekarang waktu bukan asmara ikuti
taa'ruf kita Yang Satu niat amati
gelodak nafsu aku tutup mati
wajah orang tua ingin ceria menanti
raungan adik meminta perut berisi
daku orang hanya calang berkais pagi
berhajat ilmu kala berkais petang lagi
biar orang berkata nafi
kerna aku bermulia murka api
berpesan kasih senang sendiri
berjaya kita muafakat diri

Saturday, February 20, 2010

Kala dulu, Kini dan....


kala dulu aku cintainya
namanya satu ukiran terpahat
yang pedih jadi manis
yang liar jadi jinaknya
kabutku tenang jadinya

kala dulu aku gilainya
senyumannya satu kelegaan
suaranya halus anyaman di hati
racun amarah bertukar penawar
raut jauh ku terpandang itu dia

kala dulu aku ingatinya
bagai potret hiasan tersergam
hingga termimpi igauan
bukan mainan
bukan tawaan

kini...
bergetar lagi jantung bernafas
helaan berpudar lemah
bila takdir sergah kata bukan
bila keadaan pusing nafi enggan
bila dahulu..
dikau kata..
dikau kata..
tak layak untuk dikau
daku kata..
daku kata..
layaknya dikau demi yang satu..
bila dalam hati berkeras kata
yang tak bersudi jangan dipaksa mukah
yang tak bersanjung jangan dibuat sembah
yang tak bertabah jangan di goncang perinya
bila kini
aku tawar fikiran
memang bukan bila begitu
teringat ku pada yang Satu
hidup rempuhan itu liku
berbebas kita dunia untuk akhirat dituju
lupa bukan pilihan aku dan kamu
tetapi kewajipan dalam hidup yang berpintu
mencari hakiki yang sempurnanya itu

Sunday, January 31, 2010

Hanya Bila Ku Sanggup

Kegilaan aku padamu
menjadi calar haluan daku
dan tak ku sanggup engkau puraan
dan tak ku sanggup tatap wajahmu
dahulu ianya tak ku jemu memandang
kini ianya membisa
layanan seri bukan kepalang tika dulunya
hanya sinis untukmu jika berdua
bukan salahku untuk pergi
bukan salahmu untuk parah peri
berakur takdir Maha Besar
bertawa kita hanya kita bersaat
berduka kita hanya kita amarah bersifat
beramai orang lihat dikau bekerti
beramai dari hatiku lihat dikau dimusuhi
hanya ingin bersama mencapai
hanya ingin bersama bahgia
hanya hatimu aku mati
hanya hatiku dikau tiada sudi.

Monday, January 25, 2010

Ikutkan Saja

Terik petang menyilau lama
melakar langit biru terwarna
berterbangan debu terlempar daun nyata
kekuningan yang luruh sudah tua
Lebah si kecil singgap berdua
bertawa riang si layang-layang muda
berlingkar akar si pohon bunga
cantik menyubur indah dunia
bertandang pula awan suria
bergempal mulia hiasi angkasa
bersinis lagi si pipit bila tiba
angin si sepoi datang melanggar takhta
berkibar jejari pohon ikutkan dia
keluh penat melihat si serangga
hanya itu yang berkehendak juga
hanya itu yang lumrah dia
ikutkan saja

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ini lah suasana UniKL MICET
demam je ilham datang
pandangan daku tentang alam
keadaan tersebut pada hari
Isnin 25/01/10
6.00 pm.

Monday, January 4, 2010

Istimewa untuk Adikku

Sudah genap 4 hari tahun baru
sebelum itu ...
mula sudah musim sekolah selepas tamat tahun lalu
melihat budak2 bermula jalan kecil dalam darjah satu
yang sudah habis sudah tadika tahun dahulu
si ibu bapa menanti anak di pintu
cuba lihat anak bertangiskah dia itu
bukan tinggalkan engkau, adikku
berbuat supaya engkau belajar hidup berliku
menghadapi tanpa jemu
untuk dunia yang depan wahai adikku

kini bila sampai waktu
engkau maju bertambah darjah lagi satu
keseronokan mula terukir di bibirmu
belajarlah dalam bahasamu
abangmu bangga menikam kalbu
seikhlas aku mendukungmu
tawa tangis kita kehidupanku
pergilah terus kamu
ilmu yang ditimba memandumu
untuk dunia dan akhirat yang perlu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kepada adik2ku,
Selamat Kembali ke Sekolah..
dan juga
Selamat Ber"Latihan Industri"
Abangmu,

Thursday, December 31, 2009

Quote-too by Cicero

"Art is born of the observation and investigation of nature"
- Cicero (106 BC - 43 BC)

Friday, October 30, 2009

Land Doesn't Cry?

in this lone world
the nature cry at you
loud pain crowd
the wild sad in doubt
when human greed i thought
cold arctic melt to a dot
a country in drought
the die-o-side poison it
from machine thou create
too many not a bit
remember we live inhibit
this precious land of happy do it
care love full o boat

Thursday, October 29, 2009

Knowledge

knowledge is the power,
hence get the power,
need practice over,
to amplify by danger,
enhance skill with killer,
need some guide like cool water,
from experience line mind forever,

knowledge is a life,
give a choice,
truth and lies,
live and die,
nothing just sly,
remember that, mate!!

knowledge is a murderer,
poison thee,
pain filled,
eaten from the inside,
when use just selfishness,
where the mankind,
betrayed you

knowledge is the fellowship,
dump them feel the hip,
fool cry don't take the tips,
happy together minds in deep,
that is why we live as in ship

Saturday, October 24, 2009

Time

last time
i see many thing in a load
where the love float
feel fly with a boat
nothin' care with a coat

that time
creepy her I'm in beat
carve it in paper sheet
like more a love heat
no need and cool it

this time
no rose in the palm
the thorn is hurting
thyself don't want
pick it, but
let the smell want to be picked


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...