Khas untuk pelajar-pelajar UniKL MICET
Berikan aku kenangan untuk ku tulis kemudian hari,
Tak lupa juga pesanan untuk rakan-rakan yang mengenali diri saya
~~~~~~~~ Berikan aku kenangan untuk ku tulis kemudian hari,
bukan kerana akan ku lupa pada jati diri,
tapi pada kehendak ketentuan ilahi;
Berikan aku kenangan untuk ku tulis kemudian hari,
bukan kerana ingin menyisih dalam tepi,
tapi sayang disemat dalam hati;
Berikan aku kenangan untuk ku tulis kemudian hari,
bukan membeza kita untuk berapi-api,
tapi kukuh ikatan tersusun rapi,
Berikan aku kenangan untuk ku tulis kemudian hari,
bukan untuk kesenangan sendiri,
tapi untuk kejayaan semua orang nanti;
Berikan aku kenangan untuk ku tulis kemudian hari,
bukan berangkat hidung lupa diri,
tapi untuk kebaikan berdikari;
Berikan aku kenangan untuk ku tulis kemudian hari,
bukan berfoya kita ingatkan diri,
tapi latihan dalam memori;
Berikan aku kenangan untuk ku tulis kemudian hari,
bukan tak mahu dalam mahu beri,
tapi hanya untuk panduan hidup gagah berdiri;
Berikan aku kenangan untuk ku tulis kemudian hari,
bukan kita hidup tidak beramal bakti,
tapi hidup untuk insan sejati.
~~~~~~~~
No comments:
Post a Comment