Sudah seberapa lama hari itu, aku menonton JDorama -- Samurai High School. Agak ambil masa yang lama untuk aku menonton semua drama 9 episod ini. Cuma lambat sikit nak habis sebab sibukkan diri dengan benda lain. Jadi, ketika menonton drama ni, cerita membawa aku terfikir tentang satu perkara & membuatkan aku ingin mengetahui lebih mendalam. Ia berkenaan tentang etika & kehidupan seorang...
"SAMURAI" Ya.. S.A.M.U.R.A.I.
Samurai (atau bushi - 武士) diambil dari perkataan asal 'Saburai' - adalah pahlawan Jepun yang mempunyai pangkat yang tinggi didalam masyarakat. Kebanyakan Samurai menggunakan banyak jenis senjata seperti anak panah, lembing dan senapang tetapi yang lebih popular adalah pedang katana, iaitu juga menjadi simbol dalam Samurai. Malahan itu, samurai juga telah wujud sejak tahun 794 lagi. Mereka juga telah melalui zaman Heian (794-1185), Kamakura (1192-1333), Muromachi (1333-1573), Azuchi-Momoyama (1573-1603) dan juga Edo (1603-1868). Tetapi pada penghujung tahun 1868, era feudal Jepun telah berakhir dan kelas samurai telah dihapuskan
-- Sumber Wikipedia & Japan E-Guide
Itulah dia serba sedikit pengenalan tentang Samurai. Ketika menonton drama tersebut, samurai tersebut banyak bercakap tentang moral, semangat, keinginan, kejayaan, dan sikap. Jadi, aku ada membuat tinjauan dan sedikit kajian tentang kehidupan seorang samurai. Hasilnya adalah samurai ini mempunyai prinsip atau code sendiri dan ia dipanggil Samurai Bushido Code (The Way of Warrior). Dalam Islam juga ada mengetengahkan melalui Al-Quran menyuruh umatnya berbuat baik dan menjauhkan kejahatan, amar makruf nahi mungkar. Malahan agama lain juga menyuruh umatnya berbuat baik dan menjauhkan kejahatan.
Daripada itu, Bushido ini apabila diamati, ianya mempunyai persamaan dengan ajaran-ajaran lain dalam menyuruh berbuat kebaikan. Walaupun kebanyakan samurai adalah berpegang kepada aliran Buddhism dan Shintoism. Waimah, bukan soal agama atau aliran yang kita patut persoalkan disini tetapi adalah berkenaan soal prinsip dan etika yang menjamin keharmonian dalam kehidupan dunia dan akhirat.InsyaAllah.
Jadi, apakah ia? Bushido Code ini juga menyatakan dan terbahagi kepada tujuh prinsip (virtues) iaitu
1
Gi (Rectitude)
kejujuran, nilai moral, integriti
2
Yū (Courage)
keberanian; sifat yakin untuk takut
3
Jin (Benevolence)
keinginan untuk menjadi lebih baik; amal kebaikan
4
Rei (Respect)
hormat; sikap dari pertimbangan atau menjunjung tinggi
Rei (Respect)
hormat; sikap dari pertimbangan atau menjunjung tinggi
5
Makoto (Honesty)
keikhlasan; tindakan atau dalam keadaan yang jujur
Makoto (Honesty)
keikhlasan; tindakan atau dalam keadaan yang jujur
6
Meiyo (Honor)
objektifikasi kelayakan untuk pujian
Meiyo (Honor)
objektifikasi kelayakan untuk pujian
7
Chūgi (Loyalty)
Chūgi (Loyalty)
kesetiaan
Selain itu juga, samurai dengan bushidonya juga mempunyai prinsip sampingan seperti:
Kō (Filial Piety)
cinta dan hormat akan ibu bapa, orang yang lebih tua dan waris terdahulu
Chi (Wisdom)
kebijaksanaan dan berwawasan
Tei (Caring for Elderly)
tanggungjawab menjaga ibubapa dan orang tua
Demikian, kesemua prinsip-prinsip ini menjadi nadi kehidupan bagi seorang samurai sama ada mereka adalah Gokenin (samurai yang mempunyai tuan), Ronin (samurai yang tidak mempunyai tuan) atau Sokei (Samurai sami). Walaupun mempunyai pangkat atau tidak, bertuan atau tidak bertuan, prinsip ini masih lagi berpegang bagi samurai pada waktu itu.
Oleh itu, ingin diketengahkan disini adalah prinsip Bushido mempunyai persamaan dengan ajaran Islam yang telah disebut didalam Al-Quran.
Qi
(義)
Kejujuran
Kejujuran; nilai moral dan integriti. Apabila melakukan sesuatu tindakan dan kerja, sebaiknya adalah berlaku jujur. Tidak melakukan sesuatu yang menipu. Ini kerana dengan kejujuran, tindakan kita akan diberkati Allah. Limpah kurnia rahmat mencurah-curah daripada-Nya. Jika tidak jujur, keikhlasan tidak dapat diwujudkan dan membuatkan orang tidak percaya. Zahirnya, dengan kejujuran segala kerja menjadi berkat dan amalan dapat diredhai Allah s.w.t. Malahan, jujur juga mempunyai banyak cabang seperti asasnya jujur pada diri, kawan-kawan, kekasih, suami atau isteri, pelanggan dan lain-lain lagi.
Yū
(勇)
Keberanian
Berani; tidak takut; dan yakin. Sifat ini juga menjadi penting untuk seorang pahlawan samurai dalam diri mereka. Berani menentang walaupun terdapat risiko. Dalam diri kita, berani mesti diterapkan untuk menghadapi masa-masa depan yang tidak tentu. "Berani kerana Benar, Takut kerana Salah", bak kata pepatah Melayu. Memang benar. Ungkapan ini banyak diungkap dalam dunia sekarang. Bila kita ingin mempertahankan sesuatu perlukan berani. Sifat berani ini juga membolehkan kita memperoleh keyakinan. Tidak kira walau apa pun, ia juga penting dalam kehidupan kita.
Jin
(仁)
Amal Kebaikan; Sifat ingin menjadi lebih baik
Sifat ini memang digalakkan dalam Islam. Menjadi lebih baik pada semalam dan menjadi lebih baik pada keesokannya. Kita tahu manusia senantiasa melakukan dosa. Menjadi lebih baik adalah jalan yang diredhai Allah untuk kehidupan yang cemerlang. Kemajuan dari segi akhlak, akidah dan amalan serta kerja adalah pasti jika sifat ini ada dalam diri setiap manusia. Samurai juga begitu, dimana kehandalan bermain pedang tidak datang begitu sahaja tetapi dengan sifat ingin lebih baik atau handal bermain pedang adalah dengan melakukan banyak latihan. "Practice make Perfect". Dalam kehidupan kita tidak semestinya kita mengangkat pedang menjadikan kita baik, tetapi dengan melakukan jihad hidup, tolong-menolong, bantu membantu, dan mendatangkan kebaikan kepada diri kita dan orang lain. Itu sudah cukup membuatkan kita lebih selesa dan bahagia.
Rei
(礼)
Hormat
Hormat menghormati sesama manusia, pada orang yang lebih tua, kerana mereka lebih berpengalaman dalam asam garam hidup. Samurai juga berasa hormat pada guru-guru mereka malahan juga kepada tuan mereka sendiri. Kita juga diajar berlandaskan Al-Quran dan Sunnah supaya menghormati ibu bapa, guru, orang yang lebih tua dari kita. Dengan rasa hormat dan rasa rendah diri terhadap orang lain, orang lain juga akan hormat pada kita. Ianya tidak mustahil melakukan kebaikan dan jika sikap tidak hormat selalunya membuatkan orang membenci dan tidak suka. Oleh itu, kredibiliti seseorang itu selalunya akan tercalar jika dia sendiri ber'kasar' dan tidak sopan dengan orang.
Makoto
(誠)
Keikhlasan
Samurai juga perlu ikhlas dalam kewajipan mereka. Mereka memberi sepenuh hati untuk berkhidmat dengan tuan mereka. Walaupun mereka berada dalam kelas mereka sendiri yang hanya tahu berlawan, ikhlas juga perlu ada dalam jati diri mereka. Kita juga ada sifat ikhlas dalam kehidupan seharian. Ikhlas dalam membuat sesuatu. Jangan ada niat lain yang membuatkan orang lain terluka. Sesetengah orang berkata ikhlas membantu tetapi sebenarnya ikhlas adalah paling sukar untuk diunggap dengan kata. Ianya timbul dalam rasa hati dan keinginan dan sifat ingin membantu. Lakukanlah tanpa meminta balasan. Meiyo
(名誉)
Penghormatan/kelayakan untuk pujian
Sememangnya penghormatan penting bagi diri seorang samurai. Maruah diri seseorang perlu dijaga agar tidak tercalar. Bagi mereka yang lebih tua dan lebih hebat memang layak untuk diberi penghormatan. Kelayakan seseorang itu untuk menerima penghormatan adalah dengan mempunyai karisma, hebat, dan rendah diri dalam kerjayanya. Penghormatan juga bukan sekadar kepada orang lain tetapi pada diri sendiri kerana sifat ini juga melatih kita untuk berasa kekurangan yang membolehkan kita menjadi lebih baik dan bukan untuk bermulut manis untuk tujuan tersirat.
Chūgi
(忠義)
Kesetiaan
Setia, memang perlu dalam diri seorang samurai terhadap tuannya. Ianya menjadi kesalahan untuk samurai untuk belot. Demikian itu juga, aplikasi kesetiaan juga terdapat dalam dunia moden kita hari ini. Kita diajar untuk setia pada yang satu. Dalam Islam selalunya ia dikaitkan dengan ibadat yakni wajib bagi umatnya untuk sembahyang lima waktu dan itu juga menjadi tanda sebagai kesetiaan kepada Allah s.w.t yang satu dari hambanya.
Selain itu, sifat seperti Ko , (孝) , Chi, (智), dan juga Tei, (悌) juga menjadi prinsip dan sifat sampingan yang perlu ada dalam jati diri bushido atau Way of Warrior seorang samurai. Menjadi seorang yang berwawasan dalam haluan hidup ditekankan dalam menjadi seorang yang berjaya dalam hidup. Mereka juga perlu cinta dan hormat akan ibu bapa, orang yang lebih tua dari mereka dan waris terdahulu. Atas dasar mereka merasai tanggungjawab seorang samurai, mereka juga menjaga kedua-dua ibubapa mereka. Dalam Islam, perkara ini sangat dituntut kerana pengorbanan ibubapa dan jasa mereka tidak terbalas sehingga mereka kembali kepadaNya. Sebaiknya seorang anak melakukan tanggungjawab kepada kedua ibubapanya. Menjadi anak yang baik, membalas jasa dan berbakti untuk mereka menjamin kebahagian dan pahala di dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Demikian itu, semangat bushido juga mempunyai persamaan dengan ajaran kita yang dituntut Islam dalam menjamin kehidupan yang baik harmoni di dunia dan akhirat. Kita juga harus ingat yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari diri kita sendiri.
P/S - Maaf jika tersinggung dan salah silap..(^_^)
No comments:
Post a Comment