Showing posts with label 2010. Show all posts
Showing posts with label 2010. Show all posts

Saturday, January 15, 2011

Anugerah Juara Lagu 25 (2010) - Dalam Ulasan


Anugerah Juara Lagu 25 (2010)
Dalam Ulasan


Wednesday, November 10, 2010

Monday, September 27, 2010

Lawatan ke Sekolah Menengah Mambau - Selepas 6 Tahun

Reach of the Memoirs

Saturday, September 4, 2010

Raya 2010



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
 
Kepada 
Muslimin & Muslimat,
Izmie Quo Spade
 mengucapkan
Selamat Merayakan Diri
Jangan TERUJA sangat bila balik tu..
Jangan tak main mercun, main..
(pandai2 la main yee..) 
Segala salah silap
bagi yang mengenali saya,
Minta Ampun Minta Maaf
Selamat Hari Raya Aidilfitri  


Monday, August 9, 2010

D_sign Job - FTC Club T-shirt Design with Collar and Long Sleeve




Sunday, June 27, 2010

Cawan Dunia 2010 : Afrika Selatan



Yosh!!
Entry terbaru kali ini
Cawan Dunia 2010
Suatu fenomena empat tahun sekali
Seluruh pelusuk dunia dalam demam
Perlawanan bola sepak
Antara negara, antara benua
Satu dunia bersorak demi negara
Dalam situasi sorakan Vuvuzela
Tuan rumah berpusat di Afrika Selatan
Makan bola, tidur bola, bola bola.
Berkumpulnya orang di kedai-kedai mamak
Atau pun gerai-gerai di tepi jalan
Dengan adanya layar putih besar
Dan projektor
Siaran langsung
Samada langganan Astro atau Siaran kerajaan RTM
Penonton bertawa hilai bersama rakan
Bergurau senda memuji negara sokongan
Ikatan erat terbukti kukuh
Dalam amarah pihak lawan menyumbat sawang
Penangannya cukup besar dan beerti pusingan
Rembatan pada bola memang menjadi bualan
Sejak dianjurkan, setiap malam orang berimpian
Yang bertaruhnya, yang memakinya,
Yang gembiranya, yang carutnya,
Penyatuan bangsa dalam bola sepak
Penyatuan bahasa dalam bola sepak
Penyatuan budaya dalam bola sepak
Penyatuan silaturahim dalam bola sepak
Penyatuan kasih sayang dalam bola sepak
Dunia bola sepak ada impaknya
Dari hujung benua ke hujung benua
Kita merasainya..
Itulah 
Siapa Juara?
Siapa handal?
Kita lihat..
Dan jumpa lagi
 FIFA World Cup 2014
Brazil

Sunday, March 14, 2010

Legacy of Food Technology

Arakian sudah hari ini,
dengan beransurnya perlawanan bola sepak petang tadi,
antara Food dan Environment,
berpihaknya Food dengan keputusan 2 berbalas 0,
sememangnya Karnival Sukan,
dan
Tahniah juga kepada semua pemain2 Food,
dengan keazaman dan semangat dalam menaikkan nama Food,
dengan rekod kita
~1 Emas, 2 Perak dan 6 Gangsa~
(dari sumber yang saya dengar...dari Joe..)
yang amat membanggakan dan memberangsangkan.
Sememangnya kita harus bangga,
kepada pertandingan kita yang kalah,
tak perlu digusarkan,
kerana itu yang terbaik kita lakukan,
disamping kita 'enjoy' dalam merapatkan sesama kita,
Sekali lagi saya ucapkan,

~Tahniah~
~Félicitation~
〜恭喜〜
~बधाई हो ~
~Herzlichen Glückwunsch~

*nota kaki - ayat hari ni agak skema sket..so, skali skala dua kali tiga kala pa salah skema kan..*

Sunday, February 14, 2010

Head Load n Head Joy during CNY
"lu pikiaq la sindri"

Sudah sekian lama blog ini dibiarkan lama tanpa update blog,
kini QuoSpade kembali,
bukan apa, kesibukan dah mula datang,
setiap hari pening kepala memikirkan langkah2 kerja,
yang diberikan pensyarah2,
Assignment, Lab Report, Mini Project dan juga Project.
dan
Final Year Project
Memang tahun yang agak sibuk..
Mana tidaknya, tahun inikan tahun Harimau

mana nak 'ngam' dengan tahun Arnab
tersepit pulak dengan tahun Naga..
itu pandangan feng-shui orang Cina je la kan.
tapi tak mengapa, teruskan saja..
think positive ya!!
memang tak dinafikan, aku dah sibuk memanjang
kekadang nak juga aku ponteng2 ni
macam zaman moda2 dolu..
tapi klau buat sekarang rugi la..
disebabkan ke'tension'an asyik2 nak datang menerpa
je kat aku..
jadi penyelesaian dia kita terpa la dia balik..
dengan cara "Open Valve, Release Pressure"
yakninya..
lupakan kerja, buat sesuatu yang menyeronokkan
tetapi selalunya aku
meluncur sesawang semestinya muat turun movie
fuh!! sgt best..kepuasan ada
lain, menonton wayang
cerita-cerita terhangat dari ladang semestinya kena tonton
"Wajib Tonton"
baru2 ni menonton bersama keluarga
cerita "Lu Pikirlah Sendiri de Movie"
cerita ini terlalu ringan, jadi lawak pun ringan, Nabil kurang menonjol tetapi perjalanan watak sesuatu yang agak serius, kelebihan lawak juga pada Ebby Yus, tanpa dia mungkin cerita akan menjadi lebih kurang menonjol. Cerita ini juga memang kena tajuk "Lu Pikirlah Sendiri". Sememangnya kena berfikir apa yang harus dibuat dan bukan. Filem ini memang sesuai untuk tontonan hiburan keluarga. Boleh juga sebagai menghilangkan kebosanan.

dan pada waktu itu juga
aku akhirnya dapat printer baru
setelah printer lama "meletak jawatan"
meragam mogok la kononnya..
connect2 tak nak detect
amik kau..
aku ambil yang baru..
Canon Pixma MX338

dah la time2 camni aku dah start sibuk..
Alhamdulillah..dapat..rezeki anak2
yang lama aku tak buang la..nanti aku repair balik..
dah berapa tahun printer tu berbakti sumpah setia dengan aku
sejak diploma zaman moda2 dulu..
aku pakai saja selagi boleh..
sekarang dah tak boleh aku beli baru je la..

apa2lagi nanti aku update..

kepada kawan2ku yang berbangsa Cina
saya mengucapkan

Saturday, January 30, 2010

Cabaran dari ISRC

Ibrahim Saad Resource Center mengadakan Pentandingan Mencipta Logo..
maklumat selebihnya boleh rujuk di SINI..
Jadi kepada kawan-kawan,
Dengan seruan saya dan pihak ISRC, anda boleh turut serta juga..
saja enjoy2..

Quote-too by Jean Rostand


"To be an adult is to be alone"
by Jean Rostand (1894-1977), Though of Biologists (1939)

Monday, January 25, 2010

Ikutkan Saja

Terik petang menyilau lama
melakar langit biru terwarna
berterbangan debu terlempar daun nyata
kekuningan yang luruh sudah tua
Lebah si kecil singgap berdua
bertawa riang si layang-layang muda
berlingkar akar si pohon bunga
cantik menyubur indah dunia
bertandang pula awan suria
bergempal mulia hiasi angkasa
bersinis lagi si pipit bila tiba
angin si sepoi datang melanggar takhta
berkibar jejari pohon ikutkan dia
keluh penat melihat si serangga
hanya itu yang berkehendak juga
hanya itu yang lumrah dia
ikutkan saja

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ini lah suasana UniKL MICET
demam je ilham datang
pandangan daku tentang alam
keadaan tersebut pada hari
Isnin 25/01/10
6.00 pm.

Sunday, January 24, 2010

Saturday Storyline - Movie, UniKL-IBIL, and MICET Bus

Prologue
Hari sabtu yang agak tenang, tiada renyai dan hanya pada angin sepoi2 bahasa. Dalam hari itu juga, aku menghabiskan tayangan peribadiku yang di muat turun dari internet kolejku yang berkeadaan kelajuan siput sedut. Tetapi hari minggu memang menarik. Segala web yang disekat dapat kupecah masuk. Memang satu fenomena betul bagi aku malahan tiga cerita aku tonton.

Transformer : Revenge of The Fallen
versi Blue-Ray
memang terbaik, efek definisi tinggi, audio terbaik SRS gabungan dari komputer ribaku.

Sherlock Holmes
versi DVD Screen
cerita analogi dari novel karya Sir Arthur Conan Doyle

dan
Alvin and The Chipmunks 2
DVD R5 Quality
cute and funny

Monologue
Menjelang petang sabtu hari itu, padat memenuhi sebuah bas MICET dan menuju ke Stadium Hoki MBSB, Melaka untuk menonton dan memberi sokongan padu kepada UniKL-IBIL menentang pihak Maybank.
Kehadiran kami sememangnya sesuatu yang cukup untuk meruntuhkan moral pihak lawan meskipun bukan kami yang berkehendak untuk bermain. Kami yang memakai pakaian bertema biru yang terlakar ayat UniKL-IBIL Supporters Club dan menjadi tajaan Chili's.Terima Kasih Chili's dan TNB untuk belon2 dan kipas yang telah banyak kami rembat dimana tujuannya untuk karnival sukan yang akan datang. Keadaan disana agak basah kerana baru sudahnya hujan walaupun kehadiran kami bukan sesuatu yang berdaulat jika ianya hujan ribut sekalipun. Penonton UniKL-IBIL yakni dari UniKL City Campus tiba lebih awal dan mereka dilihat agak pasif. Apa ni?. Dalam keadaan pasif itu, ramai jugak gadis2 yang berpotensi menggoncang iman akal rasional aku ini. Jadi itu aku tak peduli, perlawanan ini mencetuskan darah hoki dimana sudah hampir 8 tahun aku tinggalkan. Melihat pemain2 UniKL-IBIL mengingatkan aku kepada kawan2 seperjuangan aku dahulu iaitu Fizree, Zubir, Mat Cina, Hasri, Apit, Mat Pijan dan sesetengahnya aku dah lupa, Cikgu Kamarul Zaman. Zaman Kegemilangan yang memuncak ketika itu meraut Tempat ke 2 Negeri Pulau Pinang. Berbalik kepada perlawanan sekarang ini, UniKL-IBIL bermain lincah tetapi pihak Maybank sangat pejal untuk dikalahkan. Rekod mereka sebelum memang telah lama bermain dalam liga hoki ini. Cukup gah dan ianya bertambah pabila sokongan pasukan sorak kami juga membantu menggoncang gelanggang. Keputusan terikat dengan seri 4 sama. Memang dasar harimau kuning ini, kuat juga dia mengaum. Bersebelahan tempat kami, pasukan sorak Maybank hanya terdiri daripada kanak2 sekolah dan dilihat seperti rancangan Tom Tom Bak tanpa pengacaranya. Memang comel dengan suara halus budak. Memang ssesuatu yang mengujakan setelah lama daku bersara dari dunia hoki ini. Bergetar tangan untuk memegang kayu, teringat pada kasut boot bola, stokin panjang, pad guard, kayu Jensen, short dan long corner, libasan bola dalam kawasan D, larian sprint di kawasan padang rumput, penghayatan permainan di kawasan padang rumput tiruan, pancutan air membasahi padangnya, penalty-flip, jersey, bunyian wisel pengadil, dan juga posisi ku dari pertahanan ke penyerang. Itu dunia remaja aku.

Epilogue
~~~Walaupun seri, memang kami enjoy menyokong dan akan terus menyokong~~~
~~~Siapa la yang memijak najis malam tu?..Crab betul!!!..~~~
~~~Aku tumpang gembira untuk kawan2 sekalian..~~~
~~~Joe berduet dengan Ella wei....~~~
~~~Ella lebih rendah dari aku~~~
~~~ada gambar akan ku upload nanti..~~~

Wednesday, January 20, 2010

Quote-too by Cicero to ALL my friends

"Friendship make prosperity more shining and lessens adversity by dividing and sharing it"
by Cicero (106BC-43BC). On Friendship, 44BC

~~Credits to Aina Shafina~~
and
FRIENDS

Saturday, January 16, 2010

Ketika Cinta Bertasbih

Masuk hari ni dah seminggu start belajo..
memang 1st week yg panjang.. first dua hari dah meletihkan..
ditambah dengan register subjek dimana lebihan jam kredit perlu dibuat manual di ASRA
kesengalan server E-Citie membuatkan semua perkara menjadi leceh..
kelembapannya mengalahkan anak siput yang sedang berjalan..
tetapi semunya berjalan dengan lancar
walaupun subjek2 untuk semester ini memang tough2 belaka..
Tahun ni juga bermula tahun aku mengambil subjek FYP..
memang banyak yang kena fikir..
sampai sakit kepala..
terngiang-ngiang, bermain di fikiran, tak boleh hentikan apa yang terfikir..
tapi sekarang aku dah buat keputusan..
dimana 3 tajuk harus dipilih untuk subjek ini..
semuanya yang berkenan..tak kisah la macam mana pun.
I take the challenge ya!!
hari isnin nak kena submit form dah..
nak pilih saja dah makan masa weii!!.
hari ni saja pun dah terluang dengan menonton movie
memang sakan aku mendownload..
guna je teknologi yang ada..
antara movie yang menjadi bahan tatapan..

memang sangat menarik
walaupun aku jenis suka action tapi tak lupa juga cerita2 bergenre
jiwang cintan nih...
itulah kaki movie macam aku ni semua genre layan..
kalian bagi lah cerita apa pun layan je..
Cerita ni..."Ketika Cinta Bertasbih"
barisan pelakon sangat mantap
dari segi lakonan..
elemen Islam sangat menarik dan dipersembahkan
olahan perjalanannya tersusun..
penghayatan pelakon berjaya mewujudkan sentimen sayu,
dan perasaan pelakon seolah dapat dirasakan..
tetapi..
cerita ini tidak cukup tanpa

kesinambungannya melengkapkan perjalanan cerita ini,
dimana watak menempuhi dugaan2..
cerita ini memang sesuai untuk tatapan semua
terutama sekali kaum hawa..
pasti terharu dan tersentuh..
kalau dah tengok kata biasa tu, hati kalian memang keras..
wallahualam..
tetapi perjalanan cerita ini sememangnya berlaku dalam realiti hidup kita..
nak tahu lebih lanjut..
sila kelik -->sini<--
dari total point10..
aku bagi 9.1...

memang hari yang boleh tahan la lepak2nya
sambung lagi aku mendownload...
~~~~~~~~~~~~~~~

D_sign Job : Kelab Kebudayaan UniKL MICET (purple)






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...