Monday, September 27, 2010

Lawatan ke Sekolah Menengah Mambau - Selepas 6 Tahun

Reach of the Memoirs




Sekembalinya aku ke sekolah melawat cikgu-cikgu yang pernah mengajar ketika aku pernah belajar dibangku sekolah membuatkan aku berasa bersemangat kembali untuk belajar. Sempena Hari Raya tahun ini, aku dan sahabat baik aku, Lahtif bercadang lama untuk melawat sekolah dan dalam berkesempatan tahun ini pada cuti raya, kami bercadang bertemu di Terminal One Seremban. Kemudiannnya, kami bertolak bersama dengan menaiki bas ke Port Dickson. Dalam perjalanan berbual panjang kami sementara hendak sampai ke pekan Mambau. Sementelah sampai, hati menjadi berdegup pantas. Disini, kelenjar adrenal menjalankan tugasnya dengan merembeskan adrenalin. Sampai sahaja di pintu masuk sekolah segala kenangan memori terus memainkan rangkapnya. Berjalan perlahan kami, selangkah demi selangkah, mata meliar melihat perubahan-perubahan pada sekolah. Kemudian, kami perlu ke pondok pengawal untuk daftar diri.Berjalan perlahan kami, melihat panorama yang serba sedikit bertambah maju sejak meninggalkan bangku sekolah. Kami menyusuri dewan, melihat hasil-hasil mural, papan nama pengetua-pengetua terdahulu, nama-nama ketua pelajar, melihat kelibat guru-guru yang ingin pergi ke kelas untuk mengajar. Melihat kebanyakannya masih tidak berubah, kami terus ke bangunan makmal yang pernah menjadi tempat kami melepaskan idea-idea seni. Kelibat kantin sekolah yang semakin bersih. Tahniah Encik Bakhtiar saya ucapkan. Perjumpaan dengan semua guru-guru menerujakan kami. Puan Makhtom, Puan Norehan, Puan Toh, Puan Maznah, Encik Gurmeet Singh, Puan Lam, Puan Wan, Pengetua baru (tak ingat nama), Encik Maghrib, Encik Zaimi, Encik Abu Bakar, Puan Autar Kaur (betul ke?), Puan Sobana, Puan Rahmah, dan juga yang lain walaupun ada tak jumpa disebabkan masa itu mereka cuti. Masih dalam suasana raya masa itu. Jika hendak dituliskan dalam blog ini, terlalu panjang perkataan nak diucapkan sepanjang satu hari. Jari mula lenguh, tetapi ingatan memori akan kekal hingga saya kembali menghadapkan Yang Esa. Sebagai pengakhiran warkah ini, ingin saya sampaikan salam sayang saya pada semua yang mengenali saya. Salah silap ampunkan saya. Halalkan makan minum, termakan dan terminum, terlebih dan terkurang, sengaja dan tidak disengajakan, dari hujung rambut hingga hujung kaki. Minta Maaf. Saya Sayang Anda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...