Tadi IQS ada terbaca artikel tentang JAXA ataupun dikenali sebagai Japan Aerospace Exploration Agency dimana mereka telah menghantar satelit mereka ke planet kedua terdekat dengan matahari, Zuhrah atau Venus.
Dibawah projek 'Akatsuki', projek explorasi ini bertujuan untuk mengungkaikan misteris planet Zuhrah dimana juga digelar 'Saudara Kembar Bumi'.
Fikir ku sebagai kawan, kami tawa beriring ringan, gaduh kami ikatan, sindir bertaut kuat hubungan, hinaku mencabar ego igauan, celaka dikau impian dalam permainan, jauh dalam hati aku segan, baik dikau jahat jangan, kerana daku bukan dendam simpan.
Fikir ku sebagai abang, tanggung ku berjawab ku tenang, wahai adik, jangan hilang, pedoman, ikhtiar, hidup berpegang, kuasa Tuhan jangan ditentang, zahir dunia akhirat mendatang, ingat pahala, dosa terlarang, pesan abang itu sayang.
Fikir ku sebagai lelaki, berbunga dunia aku berahi, wanginya aku termimpi, terbangnya kumbang seret tak jadi, kembang bunga cucuk berduri, mendatang mereka tikam hati, rusuk kurang itu bunga diingati, takdir Adam Hawa itu pasti,
Fikir ku sebagai masyarakat, si ketua berperah ligat, anak buah penat melihat, dalam kancah moden sesat, berpeleseran anak kata hebat, apakah itu?..nak kiamat? menyuap orang halal bertabiat, tak tahu mereka neraka dapat, dibedal mereka kubur oleh malaikat, sesal aku insaf berpendapat, tak termampu daya pegang lekat, mari rakyat bersatu ingat, punah dunia sedang pesat, kerna kita sama bertempat, baik kita baik sejagat.
Terik petang menyilau lama melakar langit biru terwarna berterbangan debu terlempar daun nyata kekuningan yang luruh sudah tua Lebah si kecil singgap berdua bertawa riang si layang-layang muda berlingkar akar si pohon bunga cantik menyubur indah dunia bertandang pula awan suria bergempal mulia hiasi angkasa bersinis lagi si pipit bila tiba angin si sepoi datang melanggar takhta berkibar jejari pohon ikutkan dia keluh penat melihat si serangga hanya itu yang berkehendak juga hanya itu yang lumrah dia ikutkan saja
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ini lah suasana UniKL MICET demam je ilham datang pandangan daku tentang alam keadaan tersebut pada hari Isnin 25/01/10 6.00 pm.