Friday, June 11, 2010

Masa, Bencana dan Sekarang

Yosh!!
Selamat Siang
[stail ucapan dalam novel Harry Potter]
Dalam arus masa yang cepat berlalu
Seminggu ni cepat sangat dah sampai ke hari Jumaat
Aku baru je rasa semalam macam hari Isnin
Adakah aku terlalu sibuk sampai masa berjalan tinggalkan aku?
Rasionalnya di situ..
Kuasa Tuhan siapa tahu..
Maha Agung bagi Maha Pencipta Sekelian alam
Dalam keadaan sekarang ni, aku memang dapat merasakan
Perbezaan keadaan “masa” dahulu dan “masa” sekarang
Dahulu apa yang kita lakukan rasa sangat lambat
Walhal begitu banyak kerja atau aktiviti kita buat
Masih rasa lambat..

Mungkin sesetengah orang tak sama pendapat
Tapi ini yang berlaku pada penulis sendiri
Masa zaman persekolahan,
Yakni zaman nakal2 budak
Ligat satu kampung meroyan
Ke hutan, mencari buah
Menebang pokok pisang orang untuk dijadikan rakit sungai
Membaling batu sungai untuk mendapatkan serangkai langsat
Dalam keadaan itu, masa rasa bergerak lambat
Tapi difikirkan dari sudut lain, memang menggembirakan
Bila mengingati zaman itu.
Bila difikirkan lagi, masa memang penting
Saintifiknya, apa poin pentingnya?
Bagi pendapat penulis,
Dahulu dunia bukan macam keadaan sekarang
Kurang pembangunan dan kemajuan
Jadi disebabkan itu, bukit dan gunung tidak ditarah sebegitu “ganas”
Penulis teringat waktu zaman sekolah petang agama,
Seorang ustaz mengatakan gunung dan bukit adalah tiang dunia
Begitu juga sembahyang, merupakan tiang agama
Runtuh sembahyang runtuh agama
Runtuh bukit runtuh dunia
Jadi? Apa kaitan bukit dengan dunia?
Lihat, penulis cuba ungkaikan sedikit
Zaman sekarang, kerajaan atau pihak2 lain ada mengatakan
Kemajuan dalam pembangunan
Bukan mahu untuk penulis menyelar mana2 pihak
Tapi ini adalah pemerhatian peribadi yang tiada bukti kukuh
Hanya satu teori berdasarkan pengalaman dan ilmu yang ada
Berbalik kepada perkara tadi,
Kita lihat dahulu dunia sangat kurang berlakunya bencana alam
Bumi ini berputar pada paksi 23.5 darjah dan mengelilingi matahari sekali pada orbit
Sebanyak lebih kurang 366.26 kali pusingan
Pusingan orbit menjadi kestabilan bumi berputar yang menjadikan kita
Siang dan malam
4 musim dunia
Jadi konsepnya ibarat seorang badut yang berjalan diatas tali sambil memegang kayu
Kayu itu dipegang ditengah dan menjadikan panjang kiri dan kanan sama
Laluan menjadi lancar dengan keseimbangan yang betul.
Cuba kita renungkan, badut jadi ialah bumi dan kayu tadi adalah gunung atau bukit
Keseimbangan tergugat, badut tadi bergoyang dan tidak stabil
Bila kayu itu dipegang dengan tidak betul atau pegang tidak seimbang
Yakninya sebelah panjang sebelah pendek dan tidak sama kiri dan kanan
Bumi juga begitu
Kita manusia rakus membelah bukit dan gunung
Bila bukit tiada, bumi tidak stabil mengorbit matahari
Bila bumi goyang, disitulah gempa bumi berlaku
Bila gempa bumi berlaku, teras dalam yang mengandungi bahang volcano berkocak
Teras luar menggeretak, melohongi mantel bumi, akhirnya meletus ke permukaan
Tetapi kita masih lagi membelah pecah tanah
Malahan waktu dahulu juga, guru penulis ada mengatakan negara Malaysia kita
Tidak berada pada zon gempa bumi
Tetapi tidak mustahil sekarang akan berlaku
Tsunami sudah berlaku disebabkan gempa bumi
Dengan skala Richter 6 saja cukup menghasilkan ombak setinggi bangunan
Daripada itu juga, faktor lain juga yang menjadi catalyst bencana alam berlaku
Tetapi itu menjadi topik yang lain untuk kita olahkan
Ramai saintis2 lain ada mengeluarkan teori konsep kiamat 2012
Semuanya mustahil dengan kuasa Allah S.W.T
Ianya mustahil jika manusia terus melakukannya





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...