Tadi IQS ada terbaca artikel tentang JAXA ataupun dikenali sebagai Japan Aerospace Exploration Agency dimana mereka telah menghantar satelit mereka ke planet kedua terdekat dengan matahari, Zuhrah atau Venus.
Dibawah projek 'Akatsuki', projek explorasi ini bertujuan untuk mengungkaikan misteris planet Zuhrah dimana juga digelar 'Saudara Kembar Bumi'.
This project's main purpose is to elucidate the mysteries of the Venusian atmosphere. Though often referred to as Earth's sister planet in terms of size and mass, Venus is actually very different. It is veiled in carbon dioxide, with a high temperature and thick sulfuric-acid clouds. Clarification of the causes for this environment will provide us with clues to the understanding of the birth of Earth and of its climate changes. Therefore, Venus is a very important subject for exploration.
from JAXA Website
Begitu cepatnya kemajuan Jepun. Mereka ingin mengkaji misteri planet tersebut. Dari pembacaan dan pengetahuan IQS, Zuhrah adalah planet kedua hampir dengan matahari. Ia juga mempunyai persamaan dengan Bumi. Tetapi bagi IQS mesti ada perbezaannya. Kalau tidak mesti sudah sudah ada kehidupan disana. Dari beberapa pemantauan yang IQS baca, Zuhrah adalah planet kembar jahat Bumi. Mari kita lihat.
(source from BBC News Science & Environment)
Dilihat jarak dari matahari, memang sudah pasti Bumi lebih jauh. Diameter - sama besar dan sama panjang. Berat - Venus lebih ringan [...][...] berbanding bumi. Putaran planet - Venus adalah retrograde iaitu arah pergerakan bertentangan ke arah yang lain. Mempunyai tahun yang lebih pendek berbanding bumi kerana mempunyai pusingan orbit mengelilingi matahari yang lebih kecil berbanding bumi. Atmosfera - mempunyai kandungan CO2 yang tinggi berbanding bumi yang mempunyai peratus tinggi nitrogen dan oksigen. Ini disebabkan terdapat banyak gunung berapi yang aktif di Zuhrah yang mengeluarkan gas CO2 dan selain itu mengakibatkan hujan asid dimana awan-awan tersebut mengandungi titisan asid sulfurik, juga bersama dengan klorin dan fluorin. Dari kandungan tersebut terhasillah hujan asid atau juga dipanggil 'Virga' dimana ia meruap sebelum ia berpeluang mencecah ke permukaan. Disebabkan kandungan karbon dioksida adalah tinggi, kesan rumah hijau berlaku dan memang menjadi satu kesan dimana suhu planet adalah tinggi 30 kali ganda lebih tinggi dari bumi selain dari ianya lebih dekat dengan matahari. Alasan lain mengapa tiada udara (mengandungi O2 dan N) adalah Zuhrah juga tidak dilindungi oleh medan magnet dimana mengakibatkan semua unsur gas ringan 'terkeluar' dari atmosfera. Contohnya Hidrogen 'ringan' terkeluar dan meninggalkan deuterium yang lebih berat ditempatnya.
Jadi itulah serba sedikit, misteri yang dapat diungkai oleh para saintis berdasarkan explorasi awal ini. Sedikit sebanyak dapat jugalah kita menikmati dan melihat keunggulan ciptaan Allah S.W.T yang Maha misterinya. Wallahuallam.
No comments:
Post a Comment