Saturday, January 15, 2011

Anugerah Juara Lagu 25 (2010) - Dalam Ulasan


Anugerah Juara Lagu 25 (2010)
Dalam Ulasan



Persembahan Pembuka Tirai
Persembahan pertama dari Francissca Peter - Sekadar Di Pinggiran yang merupakan pemenang Anugerah Juara Lagu tahun 1986 sebagai pembuka tirai. Diikuti dengan Nash - Pada Syurga Di Wajahmu yang merupakan pemenang Anugerah Juara Lagu 1992; M.Nasir - Tanya Sama Itu Hud-Hud (Pemenang Anugerah Juara Lagu 1994) dan M.Nasir & Jamal Abdillah - Ghazal Untuk Rabiah (Nyanyian tanpa Jamal Abdillah) (Pemenang Anugerah Juara Lagu 1997).
Walaupun sudah hampir lebih 20 dekad lagu-lagu ini berkumandang, persembahan bertenaga dari setiap juara-juara masih lagi bertenaga dan lantang mahupun dari segi cara nyanyian, lirik dan penghayatan menyanyikan lagu.

Yuna - Cinta Sempurna
Persembahan sulung yang dipertandingkan dalam anugerah ini. Permulaan yang menarik. Rentak lagu yang perlahan. Tapi gaya persembahannya seakan Norah Jones mungkin sedikit menenggelamkan gaya persembahannya. Pemakaiannya dengan tema merah gold tampak gemilang dan cantik tetapi sedikit tenggelam dengan bawaan lagu dari kacamata kamera.

Tomok - Berlari
Persembahan bertenaga dari penyanyi dan penari. Mempunyai tenaga dan sesuai dengan tajuknya. Penyampaian bait-bait lagu dan lirik yang teratur dan jelas.

A.P.I. - Pelita
Persembahan gabungan daripada LoQue (Butterfingers) , Noh (Hujan), Azlan & The Typewriter, Din Homatov (Estranged), Imran (One Buck Shot) dan AJ (Pop Shuvit). Malahan, lagu ini merupakan runut bunyi bagi filem Hooperz. Persembahannya kurang impak dari segi persembahan dan ianya bergantung kepada kekuatan kelantangan suara Azlan dan Noh membawa lagu tersebut menjadi baik. Mesej yang disebut dan dinyanyikan sampai kepada penonton dengan adegan gimik pada pengakhirannya yang mana ditembak di medan perang.

Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Tidak berbaloi. Lagu ini mempunyai kekuatan dan keunikannya yang tersendiri. Tetapi, persembahannya kurang bermaya dan penggunaan tema ringkas. Melibatkan monolog sampingan adalah menarik dan adegan 'tampar' menjadikan keseluruhan persembahannya tidak berbaloi.

Meet Uncle Hussain - Drama King
Dramatis, kukuh dalam vokal, bertenaga, penataan cahaya menarik. Lontaran menjadi daripada Black. Melodi rancak. Penguasaan pentas adalah bagus. Yang menjadi kurangnya adalah genre lagu dan pembawaannya dalam genre pop rock menjadikan ianya biasa dalam Drama King ini.

Hafiz - Noktah Cinta
Menarik. Persembahan yang amat baik dari Hafiz. Elemen suspen berjaya ditimbulkan. Nyanyian vokal yang mantap. Walaupun tidak menghampakan ianya menarik dipersembahkan dalam agak ringkas pada mulanya. Taktik adegan pada jeda lagunya dan elemen suspen itu memang menarik.

Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Lagu karya asal penyanyi itu sendiri. Persembahan yang agak unik dengan sedikit helah silap mata dengan menukar baju. Dengan alunan muzik seiring bersama alunan suara serta gimik lakonan sudah cukup mencuit hati juri-juri memilih penyanyi sebagai Pemenang Anugerah Juara Lagu ke 25 untuk tahun 2010.

Faizal Tahir - Selamat Malam
Persembahan yang tipikal dengan menjemput pelakon-pelakon yang dikenali seperti Norkhiriah, Fatimah Abu Bakar dan Anaknya serta Dato' Aziz Sattar dan Isterinya. Genre dan tema lagu Selamat Malam sinonim dengan lagu dodoi sebelum tidur. Tetapi pembawaan Faizal Tahir dalam penguasaan pentas, vokal, penghayatan adalah dilihat terbaik.

Adira - Ku Ada Kamu
Pendatang baru dalam dunia muzik ini sama seperti Shahir iaitu lagu mereka membawa mereka ke persada Anugerah Juara Lagu yang berprestij ini. Vokal si cilik ini begitu baik sekali seiring dengan penggunaan pentas. Walaupun keseluruhannya tampak begitu tipikal dan uniknya nyanyian beliau adalah pada nyanyian suara beliau dan penggunaan buaian.

Bunkface - Ekstravaganza
Band mengetengahkan lagu bergenre indie. Rancak. Catchy. Penguasaan pentas yang amat baik. Muzik yang sangat 'ekstravaganza'.

Black - Sofea Jane
Satu lagi taruhan Black dengan lagu ini. Mempertaruhkan vokal beliau, nyanyian, penguasaan pentas dan penghayatan.

Faizal Tahir - Hanyut
Walaupun berjaya merangkul persembahan terbaik dengan adegan dalam kurungan penjara dan tenggelam ke dalam kolam, persembahan Faizal Tahir tidak mengecewakan dan menghampakan. Awal persembahannya agak statik. Tetapi klimaks lagunya memberi impak yang tinggi pada penguasaan pentas yang kurang. Di sokong dengan kekuatan vokal dan melodramatik, persembahan Hanyut tidaklah sehanyut mana.

Stacy - Jahat
Persembahan Stacy kali ini tidak seperti yang sebelumnya, sinonim dengan persembahan yang bertenaga kurang ditonjolkan. Penggunaan tema warna merah jambu sebagai warna pentas dilihat kesukaan warna orang perempuan dan sedikit elemen kimono pada baju beliau. Vokal beliau pada lagu kedengaran utuh dan dilihat kekurangan penghayatan. Sebutan pada setiap bait lirik lagu adalah jelas.

Hujan - Mencari Konklusi
Lagu penutup tirai untuk pertandingan anugerah Juara Lagu untuk kali yang ke-25 untuk tahun 2010. Tiada apa yang nak diulaskan untuk band ini. Tipikal. Jika hendak dipersoalkan vokalnya, sudah tentu orang lain juga berkata ianya biasa. Malahan, elemen lain jika penguasaan pentas adalah baik, muzik boleh dikatakan sederhana tetapi baik bila dinyanyikan 'indie'.

Persembahan 3 Diva Supernova
Dato' Sharifah Aini, Ziana Zain dan Dato' Siti Nurhaliza dengan alunan muzik, kekuatan vokal, dan momentum persembahan masih lagi hebat. Tidak salah dan patut digelar diva supernova dalam tiga zaman.

Pemenang Anugerah Juara Lagu 25 (2010)
Ana Raffali
Tolong Ingatkan Aku

Naib Johan
Meet Uncle Hussain
Drama King

Tempat Ketiga
Hafiz
Noktah Cinta

Vokal Terbaik
Hafiz
Noktah Cinta

Persembahan Terbaik
Faizal Tahir
Hanyut

Tahniah untuk Semua

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...