Penceritaan yang mudah yang sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga
Pembawaan plot cerita yang bukan biasa
Dimana pemikiran dari sudut watak antagonis yang menentang protagonis
bukan seperti yang biasa kita dengar iaitu protagonis menentang antogonis
Dengan elemen humor yang diketengahkan pada watak Megamind itu sendiri
Si jahat juga mempunyai hati dan perasaan dan hajat menakluki bandar Metro City
tetapi menjadi bosan setelah menakluki dan ketiadaan Metroman yang menjadi nadi adiwira bandar tersebut
dengan ketiadaan Metroman, Megamind mencipta 'superhero' untuk dia tentang dalam hilangkan 'sunyi'nya
Akhirnya, untuk dijadikan cerita, 'superhero' tersebut berpaling dan mengganas
dan menjadi menarik dan unik cerita ini adalah
Si jahat menjadi baik untuk menewaskan si jahat 'superhero' ciptaannya
Watak pembantunya juga sangat membantu dan Metroman menjadi watak sampingan
dimana Metroman juga telah bosan dalam kehidupannya sebagai idola Metro City
dan menjadikan Megamind yang 'jahat' menjadi adiwira pujaan bandar tersebut
Plot mudah
Humor yang berkesan dan terbatas
Mudah difahami dan terhibur
dan
lebih terhibur apabila ditonton dalam 3D
4.0 out 5
No comments:
Post a Comment