Sunday, November 21, 2010

Resepi Spontan di Dapur II


Sekali lagi, dalam perut yang lapar
pergi pula aku ke dapur
dilihat..nasi dah habis?
Alamak..sapa la makan..
So, terjah aku ke peti sejuk tu
Misi sekali lagi berjalan...

Nama untuk resepi aku tak tahu apa nak letak...
rasa-rasanya
"Telur Hancur Bersama Daging Berperasa Lada Hitam"
 sebab ianya datang spontan idea2 ni...

Jadi,
Bahan-bahan yang diterkam adalah
  1. Daging Lembu (dipotong kecil atau dadu)
  2. Sos Lada Hitam
  3. Sos stok ayam Maggi (sedikit sahaja)
  4. Seulas Bawang Putih (untuk tumisan)
  5. Kubis
  6. Lobak Merah @ carrot (dipotong dadu)
  7. Daun limau purut
  8. Cili padi (2-3 biji dan dipotong halus)
  9. Telur (2 biji)
  10. Kicap

 Pertama
Tuang 4 - 5 sudu sos lada hitam dalam mangkuk dan cairkan dengan air
(sedikit sahaja atau ikut kehendak)
panaskan kuali dan letak sedikit minyak
tumis bawang putih dan kacau
biar sampai naik bau aroma
masukkan sos lada hitam cair tadi
masukkan daging
dan biarkan sehingga sos tadi hingga mendidih dan pekat
(biar lama sedikit untuk masak daging dan keempukan)

Kedua
Kubis dihiris halus dan nipis
lobak merah dipotong dadu
cili padi dipotong halus dan nipis
 
Ketiga
masukkan daun limau purut dan bahan kedua ke dalam sos yang mendidih tadi
kacaukan bersama daging tadi

Keempat
Bila kuah sos tadi pekat, pecahkan telur ke dalam kuah sos
 
Kelima 
Kacau campuran telur dan kuah sos tadi
sehingga masak dan hancur
tambah kicap untuk perasa
 
dan siap untuk hidangan...
bahan-bahan tadi cukup untuk 2 orang
 
P/S - Adik aku yang kecik pulun makan...

1 comment:

  1. salam jgn sakit hati lagi jom g cini UniKL Bloggers de facebook kami menjanjikan autopublish as u submit url link of ur blog dan nyatakan dari UniKl mane anda..jom klik cini

    http://www.facebook.com/pages/UniKL-Bloggers/165952636749982

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...