Friday, March 19, 2010

Seni Untuk Masyarakat

Setelah beberapa aku tak menyebut ayat ini..

"SENI UNTUK MASYARAKAT"

perkara ini banyak ditekan semasa aku masih dibangku sekolah..
Pelajaran Kesusasteraan Melayu banyak mengajar aku erti
bahasa, budaya, Agama, pedoman, prinsip, tingkah-laku, cinta dan sayang,
dari sudut penulisan dan penghayatan sesebuah karya
perjuangan halus yang membawa erti harga diri, maruah hidup
tanggungjawab diri untuk diri, bangsa dan negara
untuk harungi arus permodenan.

[Bahan Lanjut]

D_sign Job: Poster dan Banner Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Cawangan Khas UniKL MICET

[POSTER]
[KLIK SINI untuk lebih jelas]
TengkolokTepak SirehKeris

Banner/Kain Rentang

Benarkah?

Tadi..
Aku pergi..
Berjemaah sembahyang jumaat..
Kenapa riuh sangat masjid?
Budak2 bersembang sakan di belakang
sedang orang berkhutbah mulia depan
Benarkah dunia sekarang sudah banyak berubah?

Tadi..
Aku pergi..
kedai buku mencari bahan untuk lapang dada
senipis buku ilmiah setebal buku separuh bogel wanita
Itukah benda orang suka lihat?
sedang ilmu bersinar baik untuk tatapan..
Benarkah dunia sekarang sudah banyak berubah?

Tadi..
Aku pergi..
kedai makan makanan enak
besar mangkuk sikit isinya
Kenapa mereka ibarat kedekut?
bukan kedekut kami jika mahu setimpal
alang sedap sedikit tak mengapa
Benarkah dunia sekarang sudah banyak berubah?

Sunday, March 14, 2010

Legacy of Food Technology

Arakian sudah hari ini,
dengan beransurnya perlawanan bola sepak petang tadi,
antara Food dan Environment,
berpihaknya Food dengan keputusan 2 berbalas 0,
sememangnya Karnival Sukan,
dan
Tahniah juga kepada semua pemain2 Food,
dengan keazaman dan semangat dalam menaikkan nama Food,
dengan rekod kita
~1 Emas, 2 Perak dan 6 Gangsa~
(dari sumber yang saya dengar...dari Joe..)
yang amat membanggakan dan memberangsangkan.
Sememangnya kita harus bangga,
kepada pertandingan kita yang kalah,
tak perlu digusarkan,
kerana itu yang terbaik kita lakukan,
disamping kita 'enjoy' dalam merapatkan sesama kita,
Sekali lagi saya ucapkan,

~Tahniah~
~Félicitation~
〜恭喜〜
~बधाई हो ~
~Herzlichen Glückwunsch~

*nota kaki - ayat hari ni agak skema sket..so, skali skala dua kali tiga kala pa salah skema kan..*

Friday, March 12, 2010

Quote-too by Immanuel Kant


"Science is organized knowledge. Wisdom is organized life."
- Immanuel Kant (1724-1804)

Thursday, March 11, 2010

Visit to BERNAS Tanjung Karang, Selangor


Venue : Kilang Beras BERNAS Sri Tiram Jaya, Tanjung Karang
~4 BCF~
CREDITS to...
and
Thank You..

Lawatan ke Shahrich Food Processing @ Seremban


Venue : Shahrich Food Processing
Address: : Lot 17 & 19, Kompleks Kilang BPIMB, Jalan Lombong Emas 5, Off Jalan Tun Dr Ismail, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.
Product and Services : Seri Kaya and fruits in a can (Can Product)

Wednesday, March 10, 2010

Fikir Ku


Fikir ku sebagai kawan,
kami tawa beriring ringan,
gaduh kami ikatan,
sindir bertaut kuat hubungan,
hinaku mencabar ego igauan,
celaka dikau impian dalam permainan,
jauh dalam hati aku segan,
baik dikau jahat jangan,
kerana daku bukan dendam simpan.

Fikir ku sebagai abang,
tanggung ku berjawab ku tenang,
wahai adik, jangan hilang,
pedoman, ikhtiar, hidup berpegang,
kuasa Tuhan jangan ditentang,
zahir dunia akhirat mendatang,
ingat pahala, dosa terlarang,
pesan abang itu sayang.

Fikir ku sebagai lelaki,
berbunga dunia aku berahi,
wanginya aku termimpi,
terbangnya kumbang seret tak jadi,
kembang bunga cucuk berduri,
mendatang mereka tikam hati,
rusuk kurang itu bunga diingati,
takdir Adam Hawa itu pasti,

Fikir ku sebagai masyarakat,
si ketua berperah ligat,
anak buah penat melihat,
dalam kancah moden sesat,
berpeleseran anak kata hebat,
apakah itu?..nak kiamat?
menyuap orang halal bertabiat,
tak tahu mereka neraka dapat,
dibedal mereka kubur oleh malaikat,
sesal aku insaf berpendapat,
tak termampu daya pegang lekat,
mari rakyat bersatu ingat,
punah dunia sedang pesat,
kerna kita sama bertempat,
baik kita baik sejagat.

Saturday, March 6, 2010

Wajah Baru..Bergerak Maju

Kepada semua audien sekalian,
dengan keadaan yang serba-merba caca sekarang ni,
dengan ikhtiar baru dalam mencari mood suasana baru,
saya perkenalkan
wajah baru MiBlog..
Quo-Kanpai ExtreMe Zone

Quote-too by Arthur Brisbane


"A good friend can tell you what is the matter with you in minute. He may not seem such a good friend after telling."
Arthur Brisbane "The Book of Today"

Friday, March 5, 2010

D_sign Job : Talentime Banner


Waktu Pagi Indah

Lama tidak setenang ini
hari cantik waktu pagi
berjunjung tinggi si matahari
terpana sinar wajah dunia ini
bersepoi angin lemah bayu pergi
berkicauan si burung gembira bunyi
melihat arakan awan datang dan pergi
melayan hati sunyi

Tautan walhal si anak dunia yang peri
gelora berkata nak pergi
bertenang berkata nanti
yang lanjut aku mimpi
yang pikul aku sepi
naluri pesan jangan berdengki
kalau dengki kita rugi
akal pesan jangan bermaki
kalau bermaki kita tipu diri
berkasih kita fana mimpi
berhalal hidup akhirat dunia yang abadi

Beringat kumbang bunga hati
sekarang waktu bukan asmara ikuti
taa'ruf kita Yang Satu niat amati
gelodak nafsu aku tutup mati
wajah orang tua ingin ceria menanti
raungan adik meminta perut berisi
daku orang hanya calang berkais pagi
berhajat ilmu kala berkais petang lagi
biar orang berkata nafi
kerna aku bermulia murka api
berpesan kasih senang sendiri
berjaya kita muafakat diri

Friday, February 26, 2010

FYP is my FEVER,
Junjung Kasih Maulud Nabi

Salam
I'm back again
keadaan sekarang memang panas,
hujan yang hanya sekejap
biasalah tu, kemarau 'Drought'
sampai nak tido pn berpeluh
memang bahang tu terasa lah..
lagipun alhamdulillah
minggu ini lebih baik dari minggu sebelum ni
berkejar dengan dateline hantar FYP proposal
dah hantar proposal berkejar pula dengan slide presentation
memang bukan biasa lah..
every student should present their FYP title proposal
memang agak nervous berpeluh2lah
tapi benda camni bukan sesuatu yg men'down'kan kita
bagus sebenarnya,
melihatkan dan dengar dari kawan2ku tentang tajuk mereka
mengujakan, mencabar, depress
franchise, design, research
bagi kami tahun ini memang panjang
bukan macam tahun2 yang sebelum ini
tajuk FYP aku pun bukan calang2 juga kalau dilihat
"Development of Software (Excel of Visual Basic) program
for
Thermal Death Calculation of acquired Thermal Process Data
using InstaCalTM Data Acquisition unit"
Kalau dengar dan lihat Excel mungkin mudah
tetapi semua tu tak semudah yang disangka
Laboratory Experiment data perlu direkod
penggunaan thermocouple, penggunaan autoclave or retort,
kesabaran minda, penggunaan stamina, ketahanan taipan jari,
Yeah!! I like this challenge..
Membangunkan software bukan satu perkara mudah..
mungkin penggunaan Visual Studio akan digunakan
contohnya C++ or C#
that was my expectation..perhaps

hehe
selesai satu cerita
malam ni ada siri ke-2 Talentime
anjuran Kelab Kebudayaan UniKL MICET

Saturday, February 20, 2010

Kala dulu, Kini dan....


kala dulu aku cintainya
namanya satu ukiran terpahat
yang pedih jadi manis
yang liar jadi jinaknya
kabutku tenang jadinya

kala dulu aku gilainya
senyumannya satu kelegaan
suaranya halus anyaman di hati
racun amarah bertukar penawar
raut jauh ku terpandang itu dia

kala dulu aku ingatinya
bagai potret hiasan tersergam
hingga termimpi igauan
bukan mainan
bukan tawaan

kini...
bergetar lagi jantung bernafas
helaan berpudar lemah
bila takdir sergah kata bukan
bila keadaan pusing nafi enggan
bila dahulu..
dikau kata..
dikau kata..
tak layak untuk dikau
daku kata..
daku kata..
layaknya dikau demi yang satu..
bila dalam hati berkeras kata
yang tak bersudi jangan dipaksa mukah
yang tak bersanjung jangan dibuat sembah
yang tak bertabah jangan di goncang perinya
bila kini
aku tawar fikiran
memang bukan bila begitu
teringat ku pada yang Satu
hidup rempuhan itu liku
berbebas kita dunia untuk akhirat dituju
lupa bukan pilihan aku dan kamu
tetapi kewajipan dalam hidup yang berpintu
mencari hakiki yang sempurnanya itu

Sunday, February 14, 2010

Head Load n Head Joy during CNY
"lu pikiaq la sindri"

Sudah sekian lama blog ini dibiarkan lama tanpa update blog,
kini QuoSpade kembali,
bukan apa, kesibukan dah mula datang,
setiap hari pening kepala memikirkan langkah2 kerja,
yang diberikan pensyarah2,
Assignment, Lab Report, Mini Project dan juga Project.
dan
Final Year Project
Memang tahun yang agak sibuk..
Mana tidaknya, tahun inikan tahun Harimau

mana nak 'ngam' dengan tahun Arnab
tersepit pulak dengan tahun Naga..
itu pandangan feng-shui orang Cina je la kan.
tapi tak mengapa, teruskan saja..
think positive ya!!
memang tak dinafikan, aku dah sibuk memanjang
kekadang nak juga aku ponteng2 ni
macam zaman moda2 dolu..
tapi klau buat sekarang rugi la..
disebabkan ke'tension'an asyik2 nak datang menerpa
je kat aku..
jadi penyelesaian dia kita terpa la dia balik..
dengan cara "Open Valve, Release Pressure"
yakninya..
lupakan kerja, buat sesuatu yang menyeronokkan
tetapi selalunya aku
meluncur sesawang semestinya muat turun movie
fuh!! sgt best..kepuasan ada
lain, menonton wayang
cerita-cerita terhangat dari ladang semestinya kena tonton
"Wajib Tonton"
baru2 ni menonton bersama keluarga
cerita "Lu Pikirlah Sendiri de Movie"
cerita ini terlalu ringan, jadi lawak pun ringan, Nabil kurang menonjol tetapi perjalanan watak sesuatu yang agak serius, kelebihan lawak juga pada Ebby Yus, tanpa dia mungkin cerita akan menjadi lebih kurang menonjol. Cerita ini juga memang kena tajuk "Lu Pikirlah Sendiri". Sememangnya kena berfikir apa yang harus dibuat dan bukan. Filem ini memang sesuai untuk tontonan hiburan keluarga. Boleh juga sebagai menghilangkan kebosanan.

dan pada waktu itu juga
aku akhirnya dapat printer baru
setelah printer lama "meletak jawatan"
meragam mogok la kononnya..
connect2 tak nak detect
amik kau..
aku ambil yang baru..
Canon Pixma MX338

dah la time2 camni aku dah start sibuk..
Alhamdulillah..dapat..rezeki anak2
yang lama aku tak buang la..nanti aku repair balik..
dah berapa tahun printer tu berbakti sumpah setia dengan aku
sejak diploma zaman moda2 dulu..
aku pakai saja selagi boleh..
sekarang dah tak boleh aku beli baru je la..

apa2lagi nanti aku update..

kepada kawan2ku yang berbangsa Cina
saya mengucapkan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...