Saturday, August 28, 2010

Surat Untuk Kawan


Sekian lama kami di menara gading. Mencari ilmu dunia dan akhirat. Titik permulaan sejak menjejakkan kaki di tempat ini. Kita memandang, tersenyum khabar, berkata hilai bermesra, berkata loghat berbeza dalam persefahaman yang sama, keseronokan dijiwai semua. Dalam baris tahun-tahun hadapi, kenangan kita tercipta rapi. Terusan masa terus terikat dengan celoteh. Aku mempelajari banyak perkara dari kalian. Yang terutama adalah nilai persahabatan, kerjasama, persefahaman, dan kegilaan. Aku dulu tak sama macam sekarang. Kemisterian tentang aku bukan untuk disebut. Hanya orang yang tahu dan merasainya, tahu akan itu. Sebagai kawan kita tahu yang perjalanan bersama mengeratkan hubungan kita. Perjalanan kita disini hampir ke penghujungnya tapi bukan beerti penghujung hubungan kita. Hari lembaran dan Hari Kemerdekaan  negara semakin dekat, dengan ini aku mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 53 tahun dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin. Halalkan makan minum dan ampun salah silap dari hujung rambut hingga hujung kaki.
Credits to secondvenomtwo
Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang ke-53

Sunday, August 22, 2010

D_sign Job - IQS Izmie Quo Spade Signature (Raya Version)



D_sign Job - Kelab Kebudayaan UniKL MICET : Design Baju Akademi Seni Budaya 2010




Saturday, August 14, 2010

Quote-too by Bertrand Russel


[http://www.marxists.org/glossary/people/r/pics/russell.jpg]

"To fear love is to fear life, and those who fear life are already three parts dead."
- Bertrand Russel (1872 - 1970) - Marriage and Morals (1929) ch. 19

Tuesday, August 10, 2010

D_sign Job - IQS Izmie Quo Spade Signature



Kembalinya Ramadhan


Bulan Ramadhan Al-Mubarak kembali lagi
terubat rinduku
Bulan mulia bagi sekelian umat Islam seluruh dunia
mana yang kecilnya mahupun yang tuanya
beramal terawih kita
laungan surah dari peti suara surau dan masjid
berjemaah semua muslimin muslimat
bertimpuh dan sujud padaNya
memohon kelimpahan dan rahmatnya
berpeluang kita menambah pahala dan hapus dosa
menginsafi salah dunia
mengingati kekal ukrawi sana
jaga solatmu
jaga tingkah lakumu
jaga perilaku mu
jaga amalanmu
jaga tindakanmu
jaga batas pergaulan mu
jaga iman mu
jaga saudaramu
jaga adik-adikmu
jaga ibumu,jaga ibumu, jaga ibumu, jaga bapamu
jaga nafsumu
berpesan padamu juga bererti berpesan padaku
Selamat Berpuasa

Saturday, August 7, 2010

D_sign Job - FTC Club T-shirt Design with Collar

Cyan Color
with Black Font and floral design at back bottom 
Grey Color
with Black Font and floral design at back bottom 
Orange - Red Color
with Black Font and floral design at back bottom
Grey - Black Color Design 
with FTC logo and White Font

Saturday, July 24, 2010

Quote-too by Elizabeth Aston


[pic source - http://photo.goodreads.com/authors/1232167093p5/90581.jpg]

"One's first love is always perfect until one meets one's second love."
Elizabeth Aston, The Exploits & Adventures of Miss Alethea Darcy, 2005

Friday, July 23, 2010

Universiti Kuala Lumpur Video & SIFE UniKL Projects Video






[Universiti Kuala Lumpur Video Promotion & SIFE UniKL Projects Video]
Original edited by
Izmie Quo Spade

Tuesday, July 20, 2010

SIFE UniKL Annual Report 09/10


SIFE UniKL Annual Report 09/10
[WATERMARK PROTECTED]
Originally designed by:
Izmie Quo Spade

Sunday, July 18, 2010

Semester of Junior


Selamat kembali
kepada warga2 MICET
Desasiswa dan Desasiswi Al-Razi
bertemu kita dalam semester baru
bilik baru, wajah baru, keindahan baru,
keceriaan baru, semangat baru,
baru, baru, baru,
penulis juga kini berada dalam suasana baru
dimana kali ini keadaan bilik berada paling tinggi dikalangan kawan2
penat la wei...
kepada adik2 yang baru masuk
yakni junior atau super junior
itulah dah lama sangat di bumi MICET ni
mestilah byk junior la kan
dah dekat 6 tahun di sini
junior yang dah graduate masuk balik pun ada
memang lama....
nak cakap senior memang lah..
sah2 la bunyi tua..
jadi kepada adik2 sekali lagi
Selamat Datang
Belajar elok-elok
tak elok nanti aku tendang sekor-sekor
kalau dah bajet terer, terer la kau
kalau terer, kau buat orang sakit hati, naya la kau
yang tak terer, teruskan berusaha
Selamat Datang ke Alam Pembelajaran dewasa
hah hah hah

Wednesday, July 14, 2010

Will of SIFE

Student In Free Entreprise
or
S.I.F.E
Yesterday was last day of National Exposition 2010
three day in Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur and Putra World Trade Center is amazing
I'm glad as a sifer, from here I know better
how
business, communication, networking, teamwork, friends,
SIFE teach me how to be better person whereas it also help the community around us
The ideas from all universities are such brilliant, gigantic with impressive
The presentation are tremendously give a goosebump
By that,
Congratulation to SIFE UiTM
You always becoming such a great team
Nice idea and hardwork
You all do a good job
Hence, to the SIFE UMS
There still a chance for us to compete for next year
More than, to SIFE UMT
you all also good
I'm impress with your presentation
which is 100% use video..OMG
You can be that serious?
You all become as marvelous ideas la...
Last but not least
to SIFE UTP, good job
to SIFE MMU, SIFE event can't be more cheerio without you all..
I like your cheers
to SIFE UNITEN, you presentation also nice
you make me feelin' curious la...and also nervous
nice implemented technology..
to all university sifers
don't down because we can't
We can..
to all readers,
please kindly visit this web site
SIFE MALAYSIA
Next year, we gonna be host for the
SIFE WORLD CUP 2011
A Head for Business
A Heart for the world




Sunday, June 27, 2010

Cawan Dunia 2010 : Afrika Selatan



Yosh!!
Entry terbaru kali ini
Cawan Dunia 2010
Suatu fenomena empat tahun sekali
Seluruh pelusuk dunia dalam demam
Perlawanan bola sepak
Antara negara, antara benua
Satu dunia bersorak demi negara
Dalam situasi sorakan Vuvuzela
Tuan rumah berpusat di Afrika Selatan
Makan bola, tidur bola, bola bola.
Berkumpulnya orang di kedai-kedai mamak
Atau pun gerai-gerai di tepi jalan
Dengan adanya layar putih besar
Dan projektor
Siaran langsung
Samada langganan Astro atau Siaran kerajaan RTM
Penonton bertawa hilai bersama rakan
Bergurau senda memuji negara sokongan
Ikatan erat terbukti kukuh
Dalam amarah pihak lawan menyumbat sawang
Penangannya cukup besar dan beerti pusingan
Rembatan pada bola memang menjadi bualan
Sejak dianjurkan, setiap malam orang berimpian
Yang bertaruhnya, yang memakinya,
Yang gembiranya, yang carutnya,
Penyatuan bangsa dalam bola sepak
Penyatuan bahasa dalam bola sepak
Penyatuan budaya dalam bola sepak
Penyatuan silaturahim dalam bola sepak
Penyatuan kasih sayang dalam bola sepak
Dunia bola sepak ada impaknya
Dari hujung benua ke hujung benua
Kita merasainya..
Itulah 
Siapa Juara?
Siapa handal?
Kita lihat..
Dan jumpa lagi
 FIFA World Cup 2014
Brazil

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...