Tepat jam 9, percaturan ketiga-tiga penyanyi, komposer dan penulis lirik menjadi taruhan. Suasana yang meriah dengan laungan penonton, bertepuk riang pada gelanggang lagu dimana 14 buah lagu diperdengarkan. Permulaan siaran langsung tersebut dibukakan tirai dengan persembahan Dato' Siti Nurhaliza dan Lan & The Typewriter. Gabungan nada vokal yang semestinya menaikkan liang roma. Dengan dibantu dengan pencahayaan, kedua-dua mereka lebih tertonjol disamping pemakaian Dato' yang bergaya elegannya dan Lan lebih tertonjol dengan vokal tingginya.
Pengacara
Celoteh Anugerah Juara Lagu dimuatkan dengan kolaborasi tiga pengacara hebat iaitu Ally Iskandar, Cheryl Samad dan juga Faizal Ismail. Pembawaan mereka sangat spontan dan mencuit hati. Gimik mereka dipentas mengawal perjalanan adalah sangat baik dan lancar. Sememangnya ketiga-tiga mereka harus diberi pujian.
Estranged
Kemunculan mereka adalah hatrik untuk kali ini dan pertamanya menobatkan kumpulan ini sebagai Juara. Persembahan kumpulan ini juga jika dilihat permulaannya sangat 'catchy', sungguhpun 'energy'nya kian kurang. Pembukaan mereka sudah cukup menghidupkan suasana sengit anugerah ini.
Alya
Gadis ini mula mencaturkan lagu ciptaan Habsah Hasan dan lagu oleh Ajai sememangnya mencuri tumpuan. Dengan tema merah dan hitam si penari, pembawaan lagu kena dengan persembahannya. Ianya dilihat penuh dengan penjiwaan dan penghayatan tetapi penguasaannya kurang memuaskan.
Misha Omar
Cinta Adam dan Hawa memang menjadi siulan malahan lagu ciptaan Allahyarham Loloq dan komposer oleh Azmeer ini sememangnya menusuk kalbu. Pembawaan lagu oleh Misha Omar memang sangat kena dan matang. Penghayatan beliau memang dapat dilihat serba dengan pemakaiannya.
Hafiz
Anak muda ini sudah menjejak kakinya dipersada pentas prestij ini dengan kemasyhuran lagu ini, "Masih Jelas" menjadi taruhannya, penjiwaan dan penghayatannya menjadi bagus untuk beliau. Persembahan dilihat kaku dan kurang sekalipun dianggap akan ada aksi untuk persembahan beliau.
Bunkface
Sememangnya kumpulan ini merupakan gilaan ramai dengan pembawaan lagu muzik bergenre Indie. "Situasi" menjadi taruhan iaitu hasil nukilan vokalis kumpulan tersebut, Sam. Persembahan mereka begitu mantap, bersifat ceria ditambah pencahayaan dan peranan penari menambahkan 'situasi' tersebut.
Stacy
Persembahan bertenaga Stacy sememang harus diberikan pujian dimana persembahannya penuh gerak tari yang memukau. Nyanyian lunak vokalnya tidak lari malahan ianya seiring dengan tarian. Dari segi pemakaian dan solekan dilihat kurang sesuai dan ala "gothic". Mungkin strategi persembahan beliau ingin dilihat sebagai sesuatu yang unik dan bertenaga.
Aizat
Anak muda dikatakan berbakat dengan persembahannya yang bersahaja memetik gitar. Lagu nyanyiannya bersiulan di corong-corong radio dengan membawa dua buah lagu untuk dipertandingkan. Lagu "Kau Aku" berjaya menggondol Anugerah Persembahan Terbaik dengan pembawaan kanak-kanak sekolah sebagai tema tarian dan "Pergi" menobatkan beliau menjadi sang Juara dimana lagu ini dicipta oleh Pete Teoh. Persembahan pertamanya, "Pergi" yang didendangkan begitu mengasyikkan dan diilham untuk pemergian tokoh-tokoh seperti Tun V.T Sambanthan, Tun Dato Sri Sir Cheng Lock Tan, Legenda Bola Sepak Allahyarham Mohktar Dahari, dan juga Allahyarham Yasmin Ahmad.
Hujan
Hujan merupakan band Indie yang tidak asing lagi, terkenal dikalangan anak-anak muda masa kini. Persembahan mereka kelihatan bersahaja, menarik dalam suasana meriah dan dengan nyanyian bersahaja Noh. Lagu yang dipertandingkan adalah 'Aku Skandal' hasil nukilan vokalis itu sendiri. Dengan adanya band ini, irama Indie masih lagi dapat menghiburkan dan pujaan anak muda masa kini.
Black
Black yang merupakan Juara Mentor 3 dimana merupakan hasil produk TV3 ini tidak kurang hebatnya dan mengungguli Anugerah Vokal Terbaik dengan kekuatan vokalnya yang tinggi. Persembahannya dilihat sebagai camera role-play kerana permulaan persembahan bermula dari pentas belakang. Oleh itu, persembahan tersebut dapat bermain dengan mood penonton sebelum terpesona dengan nyanyiannya.
Akim
Persembahan Akim pada malam tersebut dilihat masih mentah dan lari dari tema lagunya. Pemakaian dan alatan prop tidak sesuai dengan lagunya yang 'Bengang'. Meskipun dengan keadaan itu, mood penjiwaan dalam membawa lagu tersebut amat membanggakan.
Yuna
Tidak sampai setahun lebih, karier gadis melonjak naik setelah berjaya menggondol tempat ke-2 dengan membawa lagu 'Dan Sebenarnya' hasil karya beliau sendiri. Persembahan beliau sangat ringkas, menaikkan mood untuk mendengar, mudah dan menggamit perhatian. Rentak lagu tersebut sememangnya membuatkan pendengarnya berasa tenang. Pemakaian pada malam itu sangat elegan dan kena dengan tema dan penjiwaan lagu tersebut.
Tomok
Kegemilangan anak muda ini memuncak selepas memenangi pertandingan One In A Million dengan lagu 'Rindu Terhenti' ini. Persembahan tampak selesa dan kurang 'menyengat' walhal sudah lama bertapak dalam arena seni dimana ketika beliau masih bersama dengan kumpulan New Boyz.
Faizal Tahir
Beliau yang pernah menganggotai kumpulan nasyid Mirwana ketika dahulu ini tampil dengan lagu irama pop rock 'Bercinta' hasil kerjasama beliau bersama Audi Mok. Persembahan beliau sememangnya menggamit perasaan penonton dimana beliau masih sanggup melakukan persembahan tika beliau masih mengalami masalah kesihatan. Kehadiran Faizal dalam keadaan bertongkat menunjukkan beliau bersemangat mendendangkan di pentas berprestij ini. Sehubungan itu, beliau telah menggondol hadiah di tempat ke-3..
Tahniah

No comments:
Post a Comment