Monday, January 4, 2010

Istimewa untuk Adikku

Sudah genap 4 hari tahun baru
sebelum itu ...
mula sudah musim sekolah selepas tamat tahun lalu
melihat budak2 bermula jalan kecil dalam darjah satu
yang sudah habis sudah tadika tahun dahulu
si ibu bapa menanti anak di pintu
cuba lihat anak bertangiskah dia itu
bukan tinggalkan engkau, adikku
berbuat supaya engkau belajar hidup berliku
menghadapi tanpa jemu
untuk dunia yang depan wahai adikku

kini bila sampai waktu
engkau maju bertambah darjah lagi satu
keseronokan mula terukir di bibirmu
belajarlah dalam bahasamu
abangmu bangga menikam kalbu
seikhlas aku mendukungmu
tawa tangis kita kehidupanku
pergilah terus kamu
ilmu yang ditimba memandumu
untuk dunia dan akhirat yang perlu

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kepada adik2ku,
Selamat Kembali ke Sekolah..
dan juga
Selamat Ber"Latihan Industri"
Abangmu,

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...