Yosh!!
kembali kita ke laman MiBlog
sekarang adalah kesempatan meluangkan masa berehat-rehat
Best 2 weeks Sweet noted in My Life
cuti seminggu
selepas tamatnya
Final Exam Sesi Jan2010
dan juga
Expedisi Gunung Ledang 02 [EGL2]
memang minggu-minggu yang penat
dalam final penat memikir nak selesai teori dan praktikal
arakian itu,
dalam EGL 2 penat secara fizikal nak mendaki ke puncak Gunung Ledang.
Memang satu pengalaman yang tersangat menarik
sebelum ini, tak pernah aku camping selama ini
yakni 5 hari 4 malam
Terima Kasih kepada geng2 advance, lanun dan fasilitator.
pengalaman dengan kalian membuatkan daku lebih sayangkan negara dan bangsa,
menyedarkan yang patut disedarkan
merasai tanggungjawab untuk anak bangsa dan untuk anak2 masa hadapan
InsyaAllah jika sihat tubuh badan, tiada aral melintang patah
akan ku sahut cabaran ke ADVANCE
Here I come EGL 3
Wait for me
InsyaAllah
Kehendak
Jumaat hari itu yakni nya 14/5
pulangnya aku untuk bercuti
dalam perjalanan singgah siagap ke pasaraya Giant Senawang
ada juga yang terlupa aku ini bila pulang ke rumah
barang kemasan mandi dan juga berus gigi
bersantap mulia dengan keluarga di Food Court
dengan kabut si adik kecil yang riuh berbicara
walhal petah cakapan satu pun aku tak faham
layankan saja si dia
selesai berbelah beli
berjalan malas perlahan2 aku menyusuri setiap susur kedai
demi kedai satu kedai aku jenguk
dari pintu keluar pasaraya, yang diperhatikan akak guard yang kurang manis senyumnya
ke kedai tudung perempuan yang pelbagai fesyen dan warna
ke cermin mata Focus Point yang bertambah koleksi simpanannya
terus pula laman Watson yang banyak produk2 kesihatannya
dan akhirnya, singgah pula ke satu kedai jam..
di sini lah Kehendak membuak-buak..
setelah teringatkan jam lama aku yang baru saja arwah..
arwah ketika membawa ke EGL2 hari itu
bukan apa, jam itu telah lama berbakti..
tetapi
apakan daya, jam pasar malam je pun..
tapi kali hati membuak melihat satu jam dalam kedai tersebut
jiwa aku sangat berkenan dan seperti jiwa jam tersebut memanggil aku juga..
dengan kadar segera aku bertanya pada tukang kedai itu
walhal emak aku dah telefon suruh cepat sebab nak cepat.
memang kena tempat dan masa
takdir aku dengan jam ini
ini lah dia
Model MTP-1291D-1A1VEF
untuk maklumat lanjut sila klik dibawah
[SINI]
atau
[SINI]
Harganya nak kata menawan atau lumayan
aku tak tahu nak kata apa
sekitar RM 215 sahaja
warranty 2 tahun
Water Resistant up to 50 m @ 5 Bar
tak tahu lah kenapa, tetapi aku rasa macam ada keserasian dengan jam ini
No comments:
Post a Comment