Saturday, December 3, 2011

Pantun Politik lah Sikit...



Buah Sukun Buah Duku,
  Buah Keranji Buah Saga;
Orang Berhimpun Kita Bersatu,
  Jangan Berjanji Tika Tak Bersiaga.

Lurut Buluh Berjaga Miang,
  Diambil Rebung Dimasak Pedas;
Rakyat Berpeluh Pemimpin Girang,
  Bertala Tarung Salahkan Cemas.

Hutan Bakau Tenang Surut,
  Berhempas Keras Si Pasang;
Tekak Berlemau Berkata Karut,
  Janji Kias Dulu Terus Usang.

Hujan Emas Di Negara Orang,
  Hujan Batu Di Negeri Sendiri;
Jangan Hempas Kata Tika Sidang,
  Takut Tuju Tak Jadi Undi.

Dua Tiga Kucing Berlari,
  Mana Nak Sama Si Kucing Belang;
Pada Pemimpin Cakap Tepis Lari,
  Rakyat Terima Pusing Percaya Hilang.


Satu Dua Tiga Empat,
  Lima Empat Siku Lipat;
Jangan Ada Percaya Lompat,
  Sekejap Parti Tidak Tercegat.


Hijau Warna Daun Pisang,
  Seteguh Lembut Batang Pokok;
Barisan Bengkok Juga yang Bangkang,
  Rakyat Terliut Keliru Tokok.


Bulan Beradu Sinar Penuh,
  Teralir Susun Barisan Bintang;
Jika Mahu Aman Dunia Teguh,
  Quran Sunnah Utama Pegang.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...